Friday, September 4, 2009

kisah 1 hari...

teka teki:

bila kita nak jumpa dia, dia tak datang, tapi bila kita tak nak jumpa dia, dia datang..
apakah dia???


jawapan:
my supervisor! hahahaha...
(okeh,teka teki tak klaka. abaikan teka teki ini -_-")




tetiba je bagi teka teki. apakah?? huhu.. okeh la. cukup dengan teka teki. aku nak story mory sket kejadian hari semalam. apa yang berlaku? jom... check it out! ;)


semalam my ann sayang datang penang... (euwww..geli panggil ann sayang. bluekkk :P) last jumpa ngan dia masa konvo aritu kot. lepas tu tak jumpa dah. sebab dia dok klang. susah nak turun penang. tula, orang suh sambung belajar kat USM tak nak. nak jugak belajar kat Universiti lain... haihhh... marah ni... ok2. sambung balik citer. sebab ann dah datang penang, kitorang pon plan nak berbuka puasa bersama2.. kali ni dah decide tempat awal2.. unbelievable!! hahaha.. plan nak makan kat pizza hut. so sementara nak tunggu waktu berbuka, ann nak datang lepak kat umah aku yang tak seberapa tu.. dalam perjalanan pulang ke rumah, aku dan ann ada la berselisih dengan seorang indian aunty ni..


aunty : adik, duduk mana?
aku : sana...bali-bali...(sambil tunjuk kat rumah aku)
aunty : ooo...adik, aunty mau mintak tolong sket boley ka?
aku : erm? nak mintak tolong apa aunty?
aunty : macam ni adik, aunty mau balik, tapi telefon aunty sudah hilang. aunty tarak dwet mau balik. boley tak bagi dwet sket?
(tetiba teringat blog cik f. baru-baru ni ada baca entry dia yang dia pon penah kena kes camni gak. ayat aunty tu memang dah ikot skrip.. memang sama je. ok, takpe. kita layan je.. nak tengok sama tak dia cakap cam apa yang cik f kena)
aku : (trus jalan laju2..tinggalkan aunty tu dengan ann.dengar la aunty tu cerita kisah dia kat ann)
ann : hani!!! jap...
aku : (alamak......ann ni....) hm..?? nape???
ann : aunty ni..........
aunty : tolong la sama aunty adik. aunty ada breast cancer. baru balik chemotheraphy. hidung aunty pon dah berdarah ni... (sambil tunjuk tisu yang ada darah)
(ok. fine. sama je macam cik f kena!)
aku : errrr......
aunty : tolong la adik. sikit2 pon takpe la. lama2 jadi bukit. god bless u adik...
ann : (bisik2 kat aku) hani, takpela, kita bagi jela rm10 kat dia..
aku : (bisik2 kat ann) oitt... banyak tu...!! bagi rm1 dah ar...
(aku dah wat muka suspicious..malas nak layan aunty ni)
ann : takpela aunty. nak amik dwet ni...
aunty : thank you adik. Allah dengar suara saya... tima kasih..
(pastu kitorang pon blah)


lepas tu, aku citer kat ann yang kawan aku cik f pon penah kena camni gak. tapi tak tahu la ni kisah benar or wakenabeb ke apa kan... i can smell something fishy with that aunty. nak kata betol...memang tak masuk akal la kan. boley plak after wat chemotherapy jalan jauh sorang2 plak tu. sepatutnya, orang yang lepas wat chemotherapy, badan jadi lemah and tak larat. tapi aunty tu strong je lagi. tisu yang berdarah tu, entah zaman bila punya tak tahu la. takde plak kesan darah kat hidung dia. eeii... geram2... tapi takpela. niat ann baik. bulan ramadhan ni, dia kata nak bersedekah. kalo aunty tu tipu, itu antara dia dengan tuhan. insaf plak aku dengar... T_T huhuhu...


tamat kisah pasal aunty tu. malam tu, kitorang berbuka puasa di pizza hut sungai dua. dengan ahli kelab ronggeng yang lain. tapi yang datang, aku, ann, shaza dan ezzah. yat dengan asma ada hal. setiap kali ada perjumpaan, mesti susah nak cukup 6 orang. haihhh... masa kitorang sampai kat pizza, dah tak berapa nak ramai orang. sebab kitorang datang lepas orang berbuka. but still servis mereka sangat lambat. plak tu, ada je yang buat kitorang tak puas hati. err... shaza and ezzah to be exact. ada je diorang nak komplen.. hehehe.. actually, tak berapa nak lalu makan pizza ni sebab dah kenyang berbuka ngan kuih malam tu. tapi takpe, sebab pizza makan jela. sambil tu dok borak2, update kisah masing2.. tapi kalo ada lagi budak 2 orang tu mesti lagi meriah. the more the merrier kan... takpelah, maybe next time kot.... (alamak, kerana terlalu asyik makan dan bercerita sehinggakan terlupa nak amik gambar...jadi tiada gambar untuk entry ini -_-")


selepas makan2 dan say "bye-bye" to ann dan ezzah, aku dan shaza pon pulang ke rumah. ohye, kami berdua nak tonton midnight movie malam ni...citer final destination 4!!! tapi tengok dalam bilik jela. huhuhu... siap tutup lampu lagi sebab nak bagi feel lebey sket. (padahal 2-2 penakut tengok citer seram.hohoho) haaa..korang dah tengok belom citer ni? sapa yang rasa takde kekuatan tengok kematian yang mengerikan, darah memercik dan isi2 badan digilis dan dihancurkan, sila jangan tengok. hanya orang2 yang berani dan kuat semangat je boley tengok... *nak berbangga kepada diri sendiri.hihihi* overall, bagi aku citer ni best. tapi tak berapa menarik. compared dengan citer final destination yang sebelum ni, final destination 2 & 3 lagi best kot... pendapat aku mengatakan begitu.. anda pula bagaimana??? sila la tengok dan decide sendiri. tapi ingat!! citer ni untuk mereka2 yang berani dan kuat semangat je.. hahahaha (sudah la hani. konon nak cakap dia berani dan kuat semangat la tuh!blueekkk :P)




p/s : hepi besday to my dearessssssst fren... nurul atikah abdul aziz! have a nice + good + happening + sweet and unforgettable day!! love u dear! ;)

8 Colonies Tumbuh:

mizz saifa said...

kamuu tgk citer final destinatin... huuuu.. seraam.. tabah tul korang tengok citer tu.. aku tgk yg first jer tu pun sat jer aku dah rasa mual.. huuuu

haniey said...

mizz saifa :
hehehe...sbnrnya org pon takot gak tgk cite seram2 ni..tapi sbb ade geng, berani la gak... kalo tgk sorang2 jgn harap ah... tapi mmg ske tgk cite final destination ni... since part1 lagi... hehehe

nurliani ahmad mustafa said...

wooo
ada jugak kes cmtu??

akhis said...

~cmne rupa aunty tu?

~waa...jelesnya sempat lagi layan movie walopun kt umah jer..

haniey said...

liani:
ada2...mmg bnyk kes camni... beware!!


akhis:
rupa aunty tu?? err... tak hingat. tp kalo dia pakai skrip yg sama, haa..dia la tu.. huhu..
awk xde masa nak tgk muvie ke?? org bz... huhuhu... xpe2,nnt ade masa layan jela eh.. heheh

n a r d indie winkie said...

wah2.. rindu pizza usm ni. hani poskan boleh? pizza usm tak sama dgn pizza muar la. :-p

cet, brani la kunun budak sorang ni. hehe.. nad taknak tgk langsung cite camni. nnti takleh tido

haniey said...

nard:
best ke pizza sg.2?? rasa cam biasa je.. dah la servis pon lambat. menyakitkan hati je.. huhuhu...

well, nmpak je org ni penakut. tp sbnrnya, jiwa kental tau. hahaha... (cuba suh tgk sorang2, jgn harap la!)

~Mizz Ann~ said...

oit!! hani!! ni pn ko kesah kn ke..
ish3!!! nk minta balik duit tu kt aunty tu dh xboleh la...hahaha!!! xpe...pahala tu penting..dosa, biar mkck tu yg tggung kalau die tpu... =)

 
Blog Template by yummylolly.com