Monday, September 28, 2009

selepas seminggu.......

salam aidilfitri kengkawan...
hohoho... nampaknya selepas seminggu baru ada mood nak update blog and bergebang pasal hari raya... malas nak intro panjang2... aku cite jela summary untuk seminggu berhari raya ni... jom!!


malam raya (19 september 2009)

hari yang paling sebok. macam2 nak kena prepare. ketupat nasi, ketupat daun palas, rendang dan lain2. tolong tengok mungkin takdela penat sangat kot. hohoho. weyh, tapi aku betol2 tolong.. tolong anyam ketupat daun palas. ni jela speciality aku kat kampung kot. huhu.. alhamdulilah, sebelum berbuka puasa semua preparation dah hampir siap. lagi 90% je lagi. lepas dah berbuka puasa, agak2 kul 9 lebey, boley plak 1 kampung blackout. haihhh.. tak jadi kerja la camni. tapi nasib baik dah semua dah nak siap. cuma nak kena masukkan kueh2 dalam balang je. terpaksa la buat di dalam kegelapan. tapi sonok gak. tengah dok syok2 masukkan kueh dalam balang, masukkan skali dalam mulut. orang tak nampak. hehehe... ohya, malam tu birthday my lil bro.. so, kami sambut dengan makan ketupat-rendang je... :P nway, happy birthday! hm... malam tu aku kena flu. asyik bersin je. sebab dah tak tahan, makan ubat and terus tido. agak awal jugak. di saat orang lain sedang seronok kemas kueh raya, dah terpaksa tido... :(


1st day raya (20 september 2009)

selamat hari raya!!! bangun pagi awal arini. dengan muka dengan penuh ceria... :) celik2 je tengok semua orang dah bangun, tengah busy buat itu ini. aku pon terkebil2 carik baju raya and baru kalut nak iron. yela, malam tadi blackout. terbantut niat nak iron. berebut2 la orang nak iron. slalunya kakak aku la yang amik tender iron baju raya. tapi tahun ni terpaksa buat sendiri. adehhhh.... lepas semua dah siap2 mandi, pakai baju baru, wangi2.. kaum lelaki bergerak ke masjid untuk sembahyang sunat aidilfitri dan kaum perempuan bersiap2 dan menjamu selera. lepas je kaum lelaki balik dari sembahyang, sesi bermaaf2 bermula. part ni la yang paling ditunggu-tunggu dan paling best skali. boleh memohon kemaafan kepada ibu bapa dan makcik pakcik... (eleh, yela tu. padahal best sebab leh dapat duet raya. hahaha..) nasib baik la leh dapat duet raya lagi... ngehehehe~ ok, lepas dah mintak maaf and kutip duet raya, kami semua pon bersiap2 nak konvoi beraya ramai2. ohya, lupa nak bagitau. aku beraya di kampung teluk intan, belah mak aku. boleh dikatakan 1 kampung ni dipenuhi saudara mara atok aku. jadi, banyak lah rumah kami nak pergi beraya. dari 1 rumah ke 1 rumah. sangat best sebab ada menu yang sedap. makanan orang jawa. aku suka giler. contoh sambal goreng, pinachi, kulit dan banyak lagi. sedap wehhh... memang kat setiap rumah aku mesti try makan. walopun dah kenyang, nak masuk gak. rugi woo tak rasa. bukan senang nak dapat. time raya je tau... agak2 dah abes pusing 1 kampung, kami pon balik ke rumah dan menunggu kedatangan jiran lain plak. time ni penat giler. orang datang je. nak rest pon x sempat. tapi aku tido gak. hahaha. malam tu, kitorang beraya ke sabak bernam plak. umah tok sedara aku. hm... so, inila tradisi kalo balik kampung belah mak aku. best sangat! ^_^


2nd day raya (21 september 2009)

my mom dapat bad news. my tok long meninggal dunia. innalillah.... (al-fatihah) so, pagi tu pon kami sekeluarga kalut2 kemas barang and terus memecut ke teluk bahang, penang. bertolak pukul 9am sampai penang kul 11++ macam tu. boley imagine tak bape laju bapak aku bawak? rasa macam nak terbang dah. huhu. nasib baik kami sempat sampai before mayat di kebumikan. kat rumah tok long jumpa la ngan sedara2 yang lain. selesai majlis pengebumian, kami berangkat pula ke rumah mak teh di kulim kedah. dari pulau ke tanah besar, balik naik feri. best2. dah lama tak naik feri. agak teruja. hohoho... oh ye, berbalik ke rumah mak teh. beliau ada buat makan2 utk adik beradik. ada nasi himpit, mee kuah... nyum2... agak2 dah nak maghrib, kitorang pon balik ke kampung belah abah di permatang pauh. umah mak teh ngan umah tok pak ni dekat je. dalam 30 min sampai la... kat umah tok pak dah ada keluarga pak cik zan, mak njang dan pak lang... bila dah kumpul ramai2 camni, memang meriah la. memang semua kaki buat lawak dan kaki gelak. malam tu plak, boifren along sarah datang.. tak habes2 dia kena perli. hahaha.. cian dia... overall, tak de aktiviti pape sangat arini....


3rd day raya (22 september 2009)

pagi ni abah bagi idea nak pergi pulau aman. tau tak pulau aman tu kat mana? kat penang lah! actually my dad and my mak long lahir kat pulau aman. kira ada saudara jugak la kat sana. tapi memang jarang dapat pergi sana. so, sekarang ni dah ramai saudara mara berkumpul, kami pon
plan nak gi sana. pulau aman ni perkampungan nelayan. nak sampai ke sana, takde jalan darat. memang kena naik bot. nasib baik tak lama. dalam 10 min je dah sampai. masa zaman aku kecik2 dlu, mau dekat 30 min baru sampai. dah la aku mabuk laut.. (-_-") kini tidak lagi! hahaha.. kejap je naik bot dah sampai pulau aman... :) apa yg best kat pulau aman tu? kat sana ada restoran terapung! mee udang dia mmg superbbbbb sedap!!! seriously. dah la udang dia besar2. makan sekali rasa nak tambah lagi je. tapi sik bek akal waras ni bijak menahan nafsu. huhu.. erm, lagi ape ek? haa... belacan kat sini pon best. aku mmg tak tahu la nak differentiate belacan ni, tapi mak aku kata belacan kat sini mmg sedap. selalu order banyak2 buat stok. ok. enuff pasal belacan. lepas kitorang kenyang melantak mee udang, kitorang pon menyinggah ke umah kezen bapak aku. kat dalam pulau aman gak. umah dia betol2 atas laut. dulu masa kecik2 siap terjun terus mandi je dalam laut. siap main tangkap2 ikan lagi. best betol. tapi sekarang dah besar, takde la nak mandi camtu lagi... huhuuu.. balik daripada pulau aman, semua singgah kat umah aku. makan malam and tido semalam kat sana before balik ke umah masing2....



haaa... ini jela cerita raya aku. 4 ari yang menarik. masuk raya ke 4 dan seterusnya, tak pergi mana2. dok kat umah je. tunggu orang masuk meminang. eh eh. tak. tunggu orang datang beraya kat umah la.. tapi aku rasa ada something yang kurang la raya tahun ni.... apa dia eh? mungkin kah kerana collection duet raya aku semakin berkurang? erm... tak jugak. walaupon aku dah tak dapat duet raya kalo pergi umah jiran, tapi makcik pakcik still bagi duet raya. malah rate pon makin tinggi. mungkin sebab aku dah makin tua kot. jadi, keghairahan tu pon berkurang... oh tidakkkkk!!!! aku mungkin sedang bermimpi. i'm still young and dangerous ok... huhu... dah la. aku malas nak bebel lagi. korang layan jela gambar2 cun kat bawah ni... enjoissss!! ;)

my dear family


my siblings


pelakon 'momok the movie' :P


jeti ke pulau aman


rumah sedara kat pulau aman


perkampungan nelayan pulau aman


restoran terapung..mee udang sedap!


sweet cousins~ :)


dalam bot...



happy ^_^

4 Colonies Tumbuh:

shazzy said...

besnya cite raya ko..hehe..ble ko nak wat open house ni?nak g beraya umah ko plak..hehe

haniey said...

shazzy:
raya cam biasa2 je...dah besar ni x meriah sgt dah... huhuhu.. open hse? x wat kot... kalo nk dtg umah, dtg bali2 je.. hehe

akhis said...

~knp yg pmpn xp semyang raya?kitorg pg tau...yg paling best sebelum n selepas smyg raya,melantak xigt dunia..hahaha

~duit raya kita thn ni dpt dri mkcik2 + abg sdara tapi yg xbest tu nk convert duit uk..urgh...mn nk cari duit?xckup duit raya tuh...

haniey said...

akhis:
erm...sebab kat surau kg tu, xde smyg raya utk pompuan. so xpenah merasa semayang raya. wuwuwu.. kalo kat masjid pekan ade la... hm, so, time org laki smyg raya, turn kami yg pompuan ni plak melantak.. hehe.. mmg best!

tula kan..dah la nak convert ke duet UK.. 6x ganda kan? perghhh... dah la nnt nak beli souvenir kat kite lagi ni.. konfem kne bwk duet bnyk2.. hahaha

 
Blog Template by yummylolly.com