Monday, October 5, 2009

trip bali-bali + VSK part 2


yeahhh... seperti yang telah dijanjikan, aku akan update entry pasal trip bali-bali + VSK... kali ni kitorang pergi ke alor star kedah plak! memang beraya sakan la. nak gi beraya rumah ashraf a.k.a rempit. kali ni konvoi 2 kereta je. dah tak payah nak sewa kereta. yg girls (aku, shaza, sya) naik kereta baru mardani dan yg boys (hadi, rempit, topek) naik kereta azmir. kitorang gerak kul 12 tgh hari. dari penang ke alor star, ambik masa dalam sejam lebih jugak la. sebagai co-driver yang bertauliah, aku kena dapatkan tido yang secukupnya. padan muka driver tak bley tido..hahaha (ditujukan khas untuk mardani sahaja)


akhirnya sampai di rumah rempit dalam pukul 1 lebih camtu. sampai2 je, mak dia jamu kitorang nasi minyak, ayam masak merah, ayam masak kicap, jelatah, air asam, masak dalca. memang sedap ah! pandai mak rempit masak. "kick" betol air asam tu.. pedas! tapi sedap... (eh,dah macam iklan sos jalen plak.huhuhu) best ah! bebudak ni 2-3 kali tambah nasi kot. aku makan sekali je, sebab tak tahan pedas. hehe...


lepas serbu rumah rempit, kitorang semayang zohor kat masjid zahir alor star. lawa ah masjid ni.. sempat gak kitorang bergambar. dah macam foreign tourist plak. hehe. tapi masjid ni memang cantik. dengar cite ade 1 masjid yang lagi cantik. masjid bukhary. tapi tak sempat nak pergi pon. ok, takpe. next time. :)


alang2 dah datang alor star ni, kitorang tak melepaskan peluang amik gambar kat menara alor star. hohoho. memula semua malas nak naik. just nak lepak2 kat bawah je. tapi sebab dapat student rate yang hanya rm4, kitorang pon naik gak la sampai ke puncak menara. actually bukannya ada pape sangat pon kat atas tu. tapi sempat gak la try skodeng mamat2 hensem kat bawah tu... haha. poyo je. seriously tak tahu nak wat ape dah. boleh tangkap2 gambo jela.. hurm...


lepas berposing ambik gambar kat menara, shaza ajak gi makan cendol pulut and laksa. sampai sesat2 carik tempat makan tu. tapi nasib baik jumpa. dapat gak melepaskan kempunan nak makan cendol pulut. perghhh... memang masyuk giler ah dapat makan cendol pulut time tengah cuaca panas tu... heaven! huhuhuhu... bebudak ni sampai order 2 mangkuk cendol... sedap memang sedap. tapi kacang tu masam sikit. aku memang tak suka kacang. so, tak merasa la kemasaman tu. hehe. aku plak rasa cendol tu kurang manis. padahal tak kacau betol2 pon gula merah kat bahagian bawah mangkuk tu. ceisss...siot betol diorang gelakkan aku! :( tak kesah la. yang penting perut aku kenyang. hahaha


kitorang bertolak balik ke penang dalam pukul 5 camtu. kali ni, sepanjang perjalanan aku tak tido. walaupon aku kenyang + mengantok, aku setia jadi co-driver yang bertauliah. kena jadi pemerhati bebas encik driver ni. dia bukan boleh. dah la tengah mengantuk tu. aiiii... bahaya2... tapi nasib baik. sampai ke penang, semuanya selamat... syukur alhamdulilah.. (gaya iklan hai-o)


ohye, nak balik ke 'pulau' pinang, kali ni kitorang saja nak naik feri. taknak lalu ikot jambatan pulau pinang. best ooo dapat naik feri. tambah plak time tu matahari nak terbenam. pergh...memang cantik ah... dengan angin yang sepoi2 bahasa... ombak memukul2 feri...(ade ke istilah ni??) tudung sampai kelepet2 pon tak kesah la. janji dapat tangkap gambar atas feri. hehehe... mardani siap dapat mandi air laut lagi. hahaha..padan muka dia! :P eh eh... tak baik. dah la tumpang kereta dia. nak ejek dia pulak. tak baik. ok ok. kesian dia..... (hihihihihi) erm.... turun je feri, gerak balik ke bali-bali. sampai kat bali-bali pukul 8pm. lepas ucapkan terima kasih kat mardani, terus naik ke rumah. ok, itu je. malas nak elaborate panjang-panjang.


eh, lupa nak bagitau. jom la layan gambar2 ini.... ^___^


@ rumah rempit -1-

@ rumah rempit -2-

nasi minyak dan lain-lain

masjid zahir alor star

model masjid

menara alor star

skodeng mamat hensem

depan menara alor star

model remaja... ;)

hadi = kamal adli (bio-nik)...???

gula merah yang tak habes dikacau..hahaha

melepaskan kempunan...


hadi & topek tido... hahaha

pemandangan waktu senja....

titanic_mOde

atas ferry...

dapat gak merasa naik kereta baru mardani... ^_^



- THE END -

5 Colonies Tumbuh:

mizz saifa said...

wah..dah nek menara a.star.. sy yg duk kat kedah pun x nek2 agi.. hehhe

haniey said...

mizz saifa:
laaaa...yeke?? hehehe.. nmpk nye saye lg maju dari org kedah.. :P

Fatt Chin Choy said...

gila releks mamat kat belakang tido
haha

haniey said...

fatt chin choy:
hahaha...diorg mmg camtu... sbb sume kereta laki. cuba kalo ade pompuan dlm tu... sure malu nak tido camtu. hehehe

ticnube said...

beshhh g jenjalannn..nak itOtttt

 
Blog Template by yummylolly.com