Wednesday, November 18, 2009

interview fellowship-DONE!

alhamdulilah... selesai sudah acara interview fellowship usm tadi. (macam acara sukan plak) perasaan saya tika dan saat ni?? mestila sangat gembira! hohohoho... tapi hakikatnya, dalam hati ni... sangat la kecewa dan unsatisfied... hurmmmm....


bangun pagi2 tadi, dah mula rasa cuak. omaigod!! nak cakap apa la interview nanti. for your information, this is my first time kot nak pergi interview. huhu. memang rasa sangat cuak. pagi tu aku lepak kat lab jap. hafal skrip apa2 yang patot. agak2 dah nak dekat pukul 9.30, baru pergi bilik meeting kat UPKV bio school. time tu dah agak ramai la. tengok list name lebey kurang 30 orang yang akan di interview nanti. and guess what? i'm the last person yang nak kena interview nanti ceh.... ni mesti sebab kes nama aku tercicir aritu. huhu.. apa2 pon, nasib baik la nama ada daripada takde kan...


so sementara nak tunggu turn aku, orang yang ke-30, sepatutnya pukul 2.20pm, so, kitorang lepak jela kat bilik yang disediakan. semua pon tunggu je kat situ. masing2 tengah cuak and hafal skrip. lepas sorang, sorang keluar. aku, farah, jue, balkhis and hadi lepak sama2 sambil prektis soalan yang akan ditanya interviewer. sampai satu tahap rasa cam dah malas nak pikir. ape nak jadi lantak la... dah penat menunggu. perot pon dah lapar ni.....


tetiba dalam pukul 1 petang, interviewer keluar and suruh we all rehat and makan2 dlu. tinggal lagi 5-6 orang camtu yang tinggal. erm, ikotkan tak lalu nak makan. tapi perut memang tengah lapar. kang takde energy nak cakap plak. memang tak lalu nak makan, sampai abes jugak la 1 mangkuk laksa and sandwich tuna tadi. hahaha.. (punyala takde selera ek?) tadi punya la bersemangat menghafal skrip, pastu bila lunch break, dah lupa balik nak cakap skrip apa. huhuhu... sepatutnya turn aku pukul 2.20pm, tapi sebab dah ada lunch break, so kena postpon lambat sket.

2nd session ni, tinggal lagi 6 orang. sya, hadi, fifi, balkhis, bukan-budak-bio-jadi-tak-kenal, jue and me. fuhhhh... makin nak masuk, jadi makin nervous. last2 tinggal aku, balkhis dengan hadi. jue tengah di interview. balkhis ngan hadi dah sudah. so diorang relax dah. nampak macam diorang hepi je. mesti bley jawab tadi. aku ni, dalam hati dah macam gunung berapi tsunami suma ada. tak tenteram. risau and nervous giler. bak kata hadi, balkhis and member2 yang lain, diorang cakap, basically diorang nak tau pasal projek kita. apa yang kita dah buat. progress camna and sanggup tak kalo disuruh mengajar nanti? owh... kebanyakkan soalan diorang recycle balik. so, aku sempat la nak prepare apa2 yang berkaitan....

alamak, jue dah keluar. now, it'm my turn plak. berdebar2....ok2, cool je... erm, ada 4 orang interviewer. semua ni of cos lecturers from bio school jugak. tapi diorang tak kenal aku, sebab aku tak pernah ada lecture ngan diorang. ok, abaikan isi tak penting. apa yang aku nak bagitau, memula masuk, aku dah rasa ok. relax sket. sebab ada sorang lecturer ni layan aku sempoi je. siap cakap BM lagi. aku pon belasah la sembang dalam BM. hahaha.. pastu bila ada sorang lecturer ni tanya balik dalam BI, so then i have to speak english la. hohoho. overall, diorang banyak tanya pasal projek aku, camna progress, kenapa aku pilih projek ni, expected result, and macam2 pasal projek. aku pon tak ingat entah apa yang aku jawab. apa yang diorang tanya pandai2 la aku goreng. hohoho. pastu bila dah puas tanya pasal projek, diorang tanya plak. "kalo diberi choice untuk mengajar, nak ajar subjek apa?" aku jawab la "subjek2 biotech-related. sebab saya major in biotech". but then diorang cakap, "sebab biotech dah ramai, so kena plih other subject. what subject u prefer??" adoiiii.... "errr... microbe???" then diorang ask lagi. "what type of microbe?" ahhh...sudah.....mana la aku tau. belasah jela."errr...molecular, soil...." pastu ada sorang tu tanya, "kalo ajar biostat boleh?" aku pon dengan yakinnya jawab dengan ekspresi muka, "aaa.....(muka tak sudi)"....padahal memang aku tak suka pon. seyes. aku score C+ untuk paper ni. hahaha.. lecturer tu paham la kot. dia tanya balik, "owh, tak berminat ek???". so dengan yakinnya aku pon jawab, "erm,actually saya memang tak berapa minat sangat biostat ni. sebab saya kurenggg sket yang banyak calculation, kira2....." lepas je aku jawab camtu, aku rasa cam nak tampar je mulut aku laju-laju. apasal terlebih jujur sangat ni???!!! "tadi kamu cakap nak ajar microbe soil, tapi subjek tu ada jugak calculation. kamu nak kena kira pH, kandungan bla...bla...bla....nanti kamu kena belajar pasal chemistry". "owh, by the way, for my project, i also will work on biochemistry. so i think, it will helps..." "no...biochemistry is not the same as chemistry... bla...bla...bla..." actually aku tak faham pon apa yang diorang cakap. sebab aku tak pernah amik subject tu. mana la aku nak tau kan. aku pon main badul bedal je jawab. adehhhh.... sebab jawapan kejujuran aku tadi, rasa macam dah spoil kan interview aku sume ni. ahhhh... tak suka!!! ingatkan diorang ada nak tanya apa2 lagi, tapi diorang dah takde apa nak tanya. aku dengan rasminya jadi candidate penutup untuk interview session kali ni....


arghhh... aku tak puas ati dengan interview tadi!!! rasa macam nak buat lagi sekali je... nak jawab betol2... hukhukhuk... lepas keluar dari bilik interview tu, baru la aku pikir,"eish...patot jawab camni kalo diorang tanya pasal ni..." adooooiii... stressss betol.... takot sangat kalo tak dapat fellowship usm ni.. saya mahu! saya mahu!!! hopefully la ada rezeki untuk semua orang. amin....amin....amin.....



p/s: berdoa dan bertawakal.... insyaallah....

5 Colonies Tumbuh:

akhis said...

~ooo...
~patut la muka kelat jer kuar smlm...
~xpe2..1st time kan interview
~at least dah ade experience...

haniey said...

akhis:
tula...sedey sbnrnya...org len sume kuar hepi2...kt plak kuar sedey2... huhuhu... tula, at least experience tu yg penting... hopefully kt sume dapat fellowship ni...amin... :)

haniey said...

akhis:
tula...sedey sbnrnya...org len sume kuar hepi2...kt plak kuar sedey2... huhuhu... tula, at least experience tu yg penting... hopefully kt sume dapat fellowship ni...amin... :)

ticnube said...

gud luck even quite late.. but stil nk ckp..even thoug x kenal.. tp aku tau nko layak.. just relax.. hahah

haniey said...

ticnube:
thanks weh...
erm, mende dah lepas kan..xleh nak watpe... kena tawakal je skang.. huhuhu

 
Blog Template by yummylolly.com