Wednesday, September 30, 2009

birthday is hari lahir

ok. title entry entah hape-hape je... tapi biar lah. abaikan. title doesn't matter. hohoho.. anyway, aku nak hapdet pasal birthday coursemate aku semalam..29 september.. HAPPY BIRTHDAY TOPEK!!! ^_^ so malam tadi diorang ajak aku and shaza main boling. sebab kalo main time birthday leh dapat birthday package. so, murah sket. kitorang main 2 game. lawan 2 team. aku, shaza, azmir and adlan in 1 team. mardani, bad, rempit and topek (birthday boy) in another team. macam kelakar je diorang main. eh eh. maksud aku bukan diorang tak reti main, tapi masing2 ade gaya tersindri. comel je. hahaha.. ohye, the winner mestilah team aku!! 2 - 0 ok... oh well.... :) bukan takat menang sikit2... memang menang besar la malam tu! hahaha.. padan muka diorang. silap besar la ajak lawan ngan aku... :P eish2.. riak plak.. ok2. tarik balik... 1st game aku main agak terok. strike 1 je kot. spare pon tak berapa nak ade. tapi 2nd game main, dah konsisten sket. boleh la... :) dekat 2 jam gak kitorang main. sampai pukul 11. pastu sempat lagi shopping kat tesco. bebudak laki ni nak meraikan 'kemenangan' diorang dengan shopping barangan rumah. aku and shaza pon join skali. ok. takde nak beli pape. nak beli teloq ja. tup2... penuh 1 troli gak la beli barang2 umah. hahaha... alang2 dah ade transport, beli terus la banyak2 kan... thanks to azmir coz sudi jadi driver kitorang... :) tapi agak kempunan coz tak dapat naik kereta baru mardani.... ceisss... takpe2... len kali aku nak naik gak... ngeeeeee :D~ (takde gambo yang nak diupload sebab pakai camera mardani. tak mintak pon lagi. huhu)


ohye, today is my supervisor's birthday! dr.razip~ birthday yang ke berapa eh? tetttttt..... :P so, tadi 1 lab 414 buat makan2 and party to celebrate dr.razip and also farewell party to one of the labmate. siap nyanyi lagu birthday kat dr.razip and upacara potong kek yang agak kelakar. siot je aku gelakkan dr. malu aku. hahaha. kat party tu ade domino's pizza, kfc, cake, ice-cream, bicarbonate drinks and also kueh raya. well...still in raya mode kan.. kueh raya tak bley dilupakan... :) memang aku makan banyak giler ah tadi... pizza dalam 3 keping, seketul ayam kfc and cake. owh, tak banyak eh? banyak la jugak tu... asyik muka aku je yang bangun gi amik makanan. malu aku dibuatnya... tapi disebabkan aku dah bayar rm15 (actually hutang dengan chek.hehehe) aku tak peduli. janji perut aku kenyang. muahahaha. muka tak malu memang tak rasa pape kan. ok. jangan jawab. dah la tak berapa rapat dengan bebudak lab ni. so, tak leh nak over2. papepon memang aku sangat kenyang arini. happy! happy! alhamdulillah...... ^_^


okla, there's nothing much to say. till then~


to TOPEK and DR.RAZIP,

HAPPY BIRTHDAY!
may god bless you.
may all your wishes come true.
have a good day.
take good care.
=)

Monday, September 28, 2009

selepas seminggu.......

salam aidilfitri kengkawan...
hohoho... nampaknya selepas seminggu baru ada mood nak update blog and bergebang pasal hari raya... malas nak intro panjang2... aku cite jela summary untuk seminggu berhari raya ni... jom!!


malam raya (19 september 2009)

hari yang paling sebok. macam2 nak kena prepare. ketupat nasi, ketupat daun palas, rendang dan lain2. tolong tengok mungkin takdela penat sangat kot. hohoho. weyh, tapi aku betol2 tolong.. tolong anyam ketupat daun palas. ni jela speciality aku kat kampung kot. huhu.. alhamdulilah, sebelum berbuka puasa semua preparation dah hampir siap. lagi 90% je lagi. lepas dah berbuka puasa, agak2 kul 9 lebey, boley plak 1 kampung blackout. haihhh.. tak jadi kerja la camni. tapi nasib baik dah semua dah nak siap. cuma nak kena masukkan kueh2 dalam balang je. terpaksa la buat di dalam kegelapan. tapi sonok gak. tengah dok syok2 masukkan kueh dalam balang, masukkan skali dalam mulut. orang tak nampak. hehehe... ohya, malam tu birthday my lil bro.. so, kami sambut dengan makan ketupat-rendang je... :P nway, happy birthday! hm... malam tu aku kena flu. asyik bersin je. sebab dah tak tahan, makan ubat and terus tido. agak awal jugak. di saat orang lain sedang seronok kemas kueh raya, dah terpaksa tido... :(


1st day raya (20 september 2009)

selamat hari raya!!! bangun pagi awal arini. dengan muka dengan penuh ceria... :) celik2 je tengok semua orang dah bangun, tengah busy buat itu ini. aku pon terkebil2 carik baju raya and baru kalut nak iron. yela, malam tadi blackout. terbantut niat nak iron. berebut2 la orang nak iron. slalunya kakak aku la yang amik tender iron baju raya. tapi tahun ni terpaksa buat sendiri. adehhhh.... lepas semua dah siap2 mandi, pakai baju baru, wangi2.. kaum lelaki bergerak ke masjid untuk sembahyang sunat aidilfitri dan kaum perempuan bersiap2 dan menjamu selera. lepas je kaum lelaki balik dari sembahyang, sesi bermaaf2 bermula. part ni la yang paling ditunggu-tunggu dan paling best skali. boleh memohon kemaafan kepada ibu bapa dan makcik pakcik... (eleh, yela tu. padahal best sebab leh dapat duet raya. hahaha..) nasib baik la leh dapat duet raya lagi... ngehehehe~ ok, lepas dah mintak maaf and kutip duet raya, kami semua pon bersiap2 nak konvoi beraya ramai2. ohya, lupa nak bagitau. aku beraya di kampung teluk intan, belah mak aku. boleh dikatakan 1 kampung ni dipenuhi saudara mara atok aku. jadi, banyak lah rumah kami nak pergi beraya. dari 1 rumah ke 1 rumah. sangat best sebab ada menu yang sedap. makanan orang jawa. aku suka giler. contoh sambal goreng, pinachi, kulit dan banyak lagi. sedap wehhh... memang kat setiap rumah aku mesti try makan. walopun dah kenyang, nak masuk gak. rugi woo tak rasa. bukan senang nak dapat. time raya je tau... agak2 dah abes pusing 1 kampung, kami pon balik ke rumah dan menunggu kedatangan jiran lain plak. time ni penat giler. orang datang je. nak rest pon x sempat. tapi aku tido gak. hahaha. malam tu, kitorang beraya ke sabak bernam plak. umah tok sedara aku. hm... so, inila tradisi kalo balik kampung belah mak aku. best sangat! ^_^


2nd day raya (21 september 2009)

my mom dapat bad news. my tok long meninggal dunia. innalillah.... (al-fatihah) so, pagi tu pon kami sekeluarga kalut2 kemas barang and terus memecut ke teluk bahang, penang. bertolak pukul 9am sampai penang kul 11++ macam tu. boley imagine tak bape laju bapak aku bawak? rasa macam nak terbang dah. huhu. nasib baik kami sempat sampai before mayat di kebumikan. kat rumah tok long jumpa la ngan sedara2 yang lain. selesai majlis pengebumian, kami berangkat pula ke rumah mak teh di kulim kedah. dari pulau ke tanah besar, balik naik feri. best2. dah lama tak naik feri. agak teruja. hohoho... oh ye, berbalik ke rumah mak teh. beliau ada buat makan2 utk adik beradik. ada nasi himpit, mee kuah... nyum2... agak2 dah nak maghrib, kitorang pon balik ke kampung belah abah di permatang pauh. umah mak teh ngan umah tok pak ni dekat je. dalam 30 min sampai la... kat umah tok pak dah ada keluarga pak cik zan, mak njang dan pak lang... bila dah kumpul ramai2 camni, memang meriah la. memang semua kaki buat lawak dan kaki gelak. malam tu plak, boifren along sarah datang.. tak habes2 dia kena perli. hahaha.. cian dia... overall, tak de aktiviti pape sangat arini....


3rd day raya (22 september 2009)

pagi ni abah bagi idea nak pergi pulau aman. tau tak pulau aman tu kat mana? kat penang lah! actually my dad and my mak long lahir kat pulau aman. kira ada saudara jugak la kat sana. tapi memang jarang dapat pergi sana. so, sekarang ni dah ramai saudara mara berkumpul, kami pon
plan nak gi sana. pulau aman ni perkampungan nelayan. nak sampai ke sana, takde jalan darat. memang kena naik bot. nasib baik tak lama. dalam 10 min je dah sampai. masa zaman aku kecik2 dlu, mau dekat 30 min baru sampai. dah la aku mabuk laut.. (-_-") kini tidak lagi! hahaha.. kejap je naik bot dah sampai pulau aman... :) apa yg best kat pulau aman tu? kat sana ada restoran terapung! mee udang dia mmg superbbbbb sedap!!! seriously. dah la udang dia besar2. makan sekali rasa nak tambah lagi je. tapi sik bek akal waras ni bijak menahan nafsu. huhu.. erm, lagi ape ek? haa... belacan kat sini pon best. aku mmg tak tahu la nak differentiate belacan ni, tapi mak aku kata belacan kat sini mmg sedap. selalu order banyak2 buat stok. ok. enuff pasal belacan. lepas kitorang kenyang melantak mee udang, kitorang pon menyinggah ke umah kezen bapak aku. kat dalam pulau aman gak. umah dia betol2 atas laut. dulu masa kecik2 siap terjun terus mandi je dalam laut. siap main tangkap2 ikan lagi. best betol. tapi sekarang dah besar, takde la nak mandi camtu lagi... huhuuu.. balik daripada pulau aman, semua singgah kat umah aku. makan malam and tido semalam kat sana before balik ke umah masing2....



haaa... ini jela cerita raya aku. 4 ari yang menarik. masuk raya ke 4 dan seterusnya, tak pergi mana2. dok kat umah je. tunggu orang masuk meminang. eh eh. tak. tunggu orang datang beraya kat umah la.. tapi aku rasa ada something yang kurang la raya tahun ni.... apa dia eh? mungkin kah kerana collection duet raya aku semakin berkurang? erm... tak jugak. walaupon aku dah tak dapat duet raya kalo pergi umah jiran, tapi makcik pakcik still bagi duet raya. malah rate pon makin tinggi. mungkin sebab aku dah makin tua kot. jadi, keghairahan tu pon berkurang... oh tidakkkkk!!!! aku mungkin sedang bermimpi. i'm still young and dangerous ok... huhu... dah la. aku malas nak bebel lagi. korang layan jela gambar2 cun kat bawah ni... enjoissss!! ;)

my dear family


my siblings


pelakon 'momok the movie' :P


jeti ke pulau aman


rumah sedara kat pulau aman


perkampungan nelayan pulau aman


restoran terapung..mee udang sedap!


sweet cousins~ :)


dalam bot...



happy ^_^

Tuesday, September 22, 2009

raya_mOde

salam aidilfitri semua...
perghh... seriously dah lama giler tak hapdet blog ni... ingat nak hapdet before raya aritu. tapi sebab dah berada di umah, biasa la kan... kecenderungan untuk menghapdet blog pon takde. sebok membantu ibu di dapur... ngehehehe... (ini betol.bukan tipu2) jadi tiada masa nak wish semua bloggers "selamat hari raya". huuuuuuuu~


okla, sekarang ni pon still in raya mood lagi. malas nak berblogging. so, juz wanna make this quick. i'll update more about my raya day in the next entry. with lots of pics too! tungguuuuuu~ ;)


by the way, it's still not too late for me to wish all of u... happy raya day!!! have fun ya!! ^_^

Saturday, September 12, 2009

kalau kamu belanja aku makan, aku bagi kamu kerepek. ok?

"hani kila, viva buat betul2 tau..kalau score nnt i blanje makan.. :) "

"naseb ko mmg bagus taw. my prog kena cancel...so ble la tuntut apa2 yg ptt tu mggu konvo ni ye..."

-dr.nurul-


ok...memang sangat teruja bila ada orang bagi offer macam ini kan. sapa yang tak nak... katakan tak nak pada rokok je. hehehe... actually dah lama giler dr cakap nak belanja, since my last viva lagi. pastu postpone time convo plak. even during my convocation pon she can't make it..since ada macam2 hal and she's a very busy woman, terpaksa la di'hold' dulu... adehhhh...


setelah berbulan2 planning tak jadi, malam tadi berjaya jugak plan kami nak kuar makan...finally!!! huhuhu... (^_^") so, after berbuka puasa ala kadar di rumah, dalam kul 8 camtu pon kitorang pergi. since me and my roomate takde transport, tunggu dr yang datang menjemput.


ok, a lil trivia about dr.nurul... she's one of my lecturer during my undergraduate.. actually tak pernah pon ada lecture dengan dr, but since she's our bio society advisor, macam kenal jugak la... anyway, sapa yang tak kenal dr.nurul.... lecturer paling hot kat bio school~! *wink* nak kata we all close together, takde la sangat. just jumpa masa meeting or kalau ada program under bio society. tapi entah macam mana tah tetiba rajen plak contact2 and dr pon nak belanja makan. ok. rezeki jangan ditolak... yeay! :)


so, malam tu dr bawak we all makan kat georgetown. area komtar. i don't know where's the place exactly. my first time. sebab dah malam, so malas nak hafal jalan. tambah2 jalan kat penang ni...dowh... (-_-") hm... apa eh nama restoran tu? ha.. JempuTree. at first, macam pelik je dengar nama restoran ni. best ke? tapi bila dah masuk... perghhhhh... memang superb giler ah... sangat cool ok! lihat gambar ini... (jangan lupa cakap terima kasih kat google ye...:P)


jemputree restaurant


sangat cool kan? :)


favourite hotspot

macam mana? cool tak? :) memang cool kan... kampung style with modern touch. anyway, tempat ni memang sangat cool + nice + convenient + superb! ok, aku tak nak bagitau address restaurant ni kat mana. kalo berminat, sila google sendiri ye... hehehe.. (sempat lagi nak promote..:P)


haaa.. sambung citer balik. nasib baik malam tu tak ramai sangat orang, sebab dr cakap selalunya tempat ni full dengan ramai orang. mungkin sebab bulan puasa kot. tu yang tak berapa ramai. tapi ok la. servis pon mantap gak. bila tengok menu, terkesima kejap. *gulp* bagi aku, harga dia agak mahal kot. of cos la bukan standard student price kan (-_-") tapi berbaloi-baloi la kan kalo dah makan kat tempat2 camni... pastu aku ngan shaza dah jeling-jeling pandang-pandang satu sama lain. tak tahu nak order apa. kang order mahal2 kang, mula la lupa daratan plak. huhuhu.. seriously tak tahu nak makan apa >_< semua makanan nampak macam sedap......dan mahal... (-_-") nak pilih makanan yang macam sedap, tapi harga mahal plak... haihhh.... agaknya dr perasan kot yang kitorang macam takot2 nak order. "ala, jangan malu2. order je apa2 pon...saya belanja..." ok. kalau dr bawak kitorang makan kat restoran biasa2, mungkin tak malu nak mintak apa2. tapi sebab dah makan kat restoran camni, segan jugak la... (walaupun aku seperti muka tak malu, tapi hakikatnya aku pemalu orangnya..tsk)


lama gak pikir nak makan apa. last2 order je chicken chop and mango juice. ok. tak murah, tak mahal sangat. shaza order tomyam pasta ngan kiwi juice. dr plak order temasik fried rice and mango-ape-ke-tah-namanya. sementara nak tunggu order sampai, we all borak2. macam2 citer ah. cite pasal masters, desasiswa, bio society, books, films and macam2 lagi. actually before nak kuar ngan dr, agak segan ngan dia. yela, tak close sangat kan. sapela kitorang ni... tapi bila dah borak2, dah tak malu sangat dah. dr pon sporting je.. tak rasa ada gap sangat. hepi dapat sharing experience and info. banyak input yg aku dapat malam tu... :) after few mins, makanan pon sampai. the taste not so bad. fried rice? ok,sedap. tomyam pasta? sedap2. chicken chop? gravy dia too salty!! hm, bedal jela... T_T tapi salty2 pon habes gak makan semua... hehehehe.. pas makan, activiti berchit-chatting continues.... dekat kul 10 jugak la baru kitorang balik. huhuhu... tunggu dr bayar bil... rm58!! erk??? ok.......... (nasib baik dr baik hati belanje)


akhirnya sampai di bali-bali kul 10.30pm... before balik sempat la bagi souvenir kerepek yang tak seberapa kat dr. hahaha.. okla kan, dah ada orang belanja, takkan tak nak bagi apa2 in return. kalo nak belanja dr kat tempat tu lagi, tak mampu la kot. T_T maybe next time :) lepas dah sampai umah, siap2 nak tengok midnight movie kat dalam bilik plak. citer orphan. tapi last2 end up shaza tengok sorang2 sebab aku dah tertido. hahaha... ngantok betol. dah la starting cite ni sangat slow... tu yg rasa terbuai2 untuk tido. ngeeeeee :D kesian shaza kena tengok sorang2... sory ye roomate! :P


ok, ini je yang aku nak hapdet. bagi aku, hari ni best sebab ada orang blanja makan kat tempat yang cool dan dah boley bersuka ria sebab draf proposal dah siap... yehuuu!!! happy! happy!! *melompat kegirangan*


p/s: thanks so much dr.nurul........ :)


Friday, September 11, 2009

susah betol nak propose....

susah kan kalo nak propose... semuanya kena wat dengan 'perfect'. kalo sekali propose, terus approve takpe gak... ni bila dah bersusah payah propose, kena reject plak... adoiii... sakitnya hati... rasa macam segala usaha selama ni sia-sia je kan.... tapi takpe, aku tak kan give up!! satu hari nanti, 'dia' mesti akan approve gak proposal aku... hohoho..........


ohya, hari ni dengan bangga nya aku nak bagitau yang aku dah berjaya menyiapkan draf proposal untuk fellowship dalam masa 2 hari! yesssss!!!! ^_^ (pulun siapkan dis week jugak sebab dr cakap kalo tak siap tak boleh cuti raya lama2... huhu...) erm.... kalo proposal ni takde cacat cela, dah boley la hantar by next week. tapi, kalo ada masalah lagi, alamatnya tak boleh la cuti raya lama2... uwaaaaaaa!!!!
aku mahu pulang beraya!!!



p/s: doakan la semoga proposal aku terus di'approve' dan boleh cuti raya lama2 sket.....

Tuesday, September 8, 2009

22 tahun? muda lagi lah!


Happy Birthday to me,
Happy Birthday to me,
Happy Birthday to me and myself,
Happy Birthday to me...!! ^_^


*clap2*


hmmm... 8 september 2009.... 080909....
sedar tak sedar, dah 22 tahun aku hidup kat dunia ni... dah macam2 perkara yang berlaku kat aku... ada sedih, ada gembira... ada suka, ada duka... tapi hidup mesti diteruskan... actually, aku tak tahu nak membebel apa untuk entry kali ni. rasa macam speechless! (hahaha..poyo la kau!) apa2 pon, di kesempatan ni, aku nak ucapkan......


  • tanks so much to my dear mummy coz dah melahirkan dan membesarkan aku sampai la aku hidup selama 22 tahun ni.... kalau tanpa mummy ku, tak ada la aku kat dunia ni sekarang...and not forgotten to my family... you're my everything!
  • tak lupa gak to my kengkawan yang tak pernah lupa wish for my birthday... sangat terharu ok... tak kesah la wish awal ke lambat, it's the thought that counted :)
  • thanks to all yang bagi present... mecih2!!! keep up the good work... hehehe
  • semoga kamu semua dapat doakan segala yang terbaek untuk aku... di murahkan rezeki, diberkati Allah, masa depan yang cemerlang dan cepat-cepat dapat jodoh.. :P

terima kasih.



aku SAYAAAAAAANG kamu semua!!!!!


Friday, September 4, 2009

kisah 1 hari...

teka teki:

bila kita nak jumpa dia, dia tak datang, tapi bila kita tak nak jumpa dia, dia datang..
apakah dia???


jawapan:
my supervisor! hahahaha...
(okeh,teka teki tak klaka. abaikan teka teki ini -_-")




tetiba je bagi teka teki. apakah?? huhu.. okeh la. cukup dengan teka teki. aku nak story mory sket kejadian hari semalam. apa yang berlaku? jom... check it out! ;)


semalam my ann sayang datang penang... (euwww..geli panggil ann sayang. bluekkk :P) last jumpa ngan dia masa konvo aritu kot. lepas tu tak jumpa dah. sebab dia dok klang. susah nak turun penang. tula, orang suh sambung belajar kat USM tak nak. nak jugak belajar kat Universiti lain... haihhh... marah ni... ok2. sambung balik citer. sebab ann dah datang penang, kitorang pon plan nak berbuka puasa bersama2.. kali ni dah decide tempat awal2.. unbelievable!! hahaha.. plan nak makan kat pizza hut. so sementara nak tunggu waktu berbuka, ann nak datang lepak kat umah aku yang tak seberapa tu.. dalam perjalanan pulang ke rumah, aku dan ann ada la berselisih dengan seorang indian aunty ni..


aunty : adik, duduk mana?
aku : sana...bali-bali...(sambil tunjuk kat rumah aku)
aunty : ooo...adik, aunty mau mintak tolong sket boley ka?
aku : erm? nak mintak tolong apa aunty?
aunty : macam ni adik, aunty mau balik, tapi telefon aunty sudah hilang. aunty tarak dwet mau balik. boley tak bagi dwet sket?
(tetiba teringat blog cik f. baru-baru ni ada baca entry dia yang dia pon penah kena kes camni gak. ayat aunty tu memang dah ikot skrip.. memang sama je. ok, takpe. kita layan je.. nak tengok sama tak dia cakap cam apa yang cik f kena)
aku : (trus jalan laju2..tinggalkan aunty tu dengan ann.dengar la aunty tu cerita kisah dia kat ann)
ann : hani!!! jap...
aku : (alamak......ann ni....) hm..?? nape???
ann : aunty ni..........
aunty : tolong la sama aunty adik. aunty ada breast cancer. baru balik chemotheraphy. hidung aunty pon dah berdarah ni... (sambil tunjuk tisu yang ada darah)
(ok. fine. sama je macam cik f kena!)
aku : errrr......
aunty : tolong la adik. sikit2 pon takpe la. lama2 jadi bukit. god bless u adik...
ann : (bisik2 kat aku) hani, takpela, kita bagi jela rm10 kat dia..
aku : (bisik2 kat ann) oitt... banyak tu...!! bagi rm1 dah ar...
(aku dah wat muka suspicious..malas nak layan aunty ni)
ann : takpela aunty. nak amik dwet ni...
aunty : thank you adik. Allah dengar suara saya... tima kasih..
(pastu kitorang pon blah)


lepas tu, aku citer kat ann yang kawan aku cik f pon penah kena camni gak. tapi tak tahu la ni kisah benar or wakenabeb ke apa kan... i can smell something fishy with that aunty. nak kata betol...memang tak masuk akal la kan. boley plak after wat chemotherapy jalan jauh sorang2 plak tu. sepatutnya, orang yang lepas wat chemotherapy, badan jadi lemah and tak larat. tapi aunty tu strong je lagi. tisu yang berdarah tu, entah zaman bila punya tak tahu la. takde plak kesan darah kat hidung dia. eeii... geram2... tapi takpela. niat ann baik. bulan ramadhan ni, dia kata nak bersedekah. kalo aunty tu tipu, itu antara dia dengan tuhan. insaf plak aku dengar... T_T huhuhu...


tamat kisah pasal aunty tu. malam tu, kitorang berbuka puasa di pizza hut sungai dua. dengan ahli kelab ronggeng yang lain. tapi yang datang, aku, ann, shaza dan ezzah. yat dengan asma ada hal. setiap kali ada perjumpaan, mesti susah nak cukup 6 orang. haihhh... masa kitorang sampai kat pizza, dah tak berapa nak ramai orang. sebab kitorang datang lepas orang berbuka. but still servis mereka sangat lambat. plak tu, ada je yang buat kitorang tak puas hati. err... shaza and ezzah to be exact. ada je diorang nak komplen.. hehehe.. actually, tak berapa nak lalu makan pizza ni sebab dah kenyang berbuka ngan kuih malam tu. tapi takpe, sebab pizza makan jela. sambil tu dok borak2, update kisah masing2.. tapi kalo ada lagi budak 2 orang tu mesti lagi meriah. the more the merrier kan... takpelah, maybe next time kot.... (alamak, kerana terlalu asyik makan dan bercerita sehinggakan terlupa nak amik gambar...jadi tiada gambar untuk entry ini -_-")


selepas makan2 dan say "bye-bye" to ann dan ezzah, aku dan shaza pon pulang ke rumah. ohye, kami berdua nak tonton midnight movie malam ni...citer final destination 4!!! tapi tengok dalam bilik jela. huhuhu... siap tutup lampu lagi sebab nak bagi feel lebey sket. (padahal 2-2 penakut tengok citer seram.hohoho) haaa..korang dah tengok belom citer ni? sapa yang rasa takde kekuatan tengok kematian yang mengerikan, darah memercik dan isi2 badan digilis dan dihancurkan, sila jangan tengok. hanya orang2 yang berani dan kuat semangat je boley tengok... *nak berbangga kepada diri sendiri.hihihi* overall, bagi aku citer ni best. tapi tak berapa menarik. compared dengan citer final destination yang sebelum ni, final destination 2 & 3 lagi best kot... pendapat aku mengatakan begitu.. anda pula bagaimana??? sila la tengok dan decide sendiri. tapi ingat!! citer ni untuk mereka2 yang berani dan kuat semangat je.. hahahaha (sudah la hani. konon nak cakap dia berani dan kuat semangat la tuh!blueekkk :P)




p/s : hepi besday to my dearessssssst fren... nurul atikah abdul aziz! have a nice + good + happening + sweet and unforgettable day!! love u dear! ;)

Tuesday, September 1, 2009

sweet September :)

september datang lagi! yay... ^_^ kenapa aku happy bila tiba bulan september ni?? oh well... my birthday is coming soooon!! lalalala~ kepada kawan2 ku, jangan buat2 lupa plak ye... gigih aku wat entry nak kasi 1 dunia tau... hahaha.. aku tunggu adiah daripada korang tau...lalalala~ *wat muka tak malu*


selain daripada birthday aku, ramai gak kawan2 and kenalan aku yang diberanakkan dalam bulan september gak... check this out! :)


4 sept - atikah aziz
5 sept - khai @ azizuan
7 sept - hanim NAP
8 sept - ehem2...birthday sape agaknye ye?? *blushing*
10 sept - ann-chan!!! & encik azman
19 sept - my lil bro~ejat
21 sept- salmi izyani & izzati zamuri
22 sept - anisah roomate KMPP
23 sept - malar coursemate
24 sept - tokkure
28 sept - dilah dania
30 sept - my supervisor~dr.razip!


in case kalo aku lupa nak wish birthday korang nanti, aku mintak maaf ye... aku wat entry ni special untuk korang... now 1 dunia dah tau birthday korang... u guys should be proud of it... hehehehe~


p/s: my life's getting busier....
 
Blog Template by yummylolly.com