Saturday, October 31, 2009

should or shouldn't i?

aku ada 1 kisah yang nak di story.
tapi aku tak tahu
samada perlu ke aku publish to public or just keep it silent.
aku fikir banyak consequences yang akan jadi nanti.
if aku publish entry tu, our relationship yang dah retak menanti belah ni leh jadi even worst.
tapi if aku tak publish, jiwa aku tak tenang.
i think they should now how i feel..
haihhh... kalau aku tak fikir panjang
memang aku rasa nak publish je.
it's my blog. not yours. not them.
i have the right to say or write anything la kan.
but, i need to consider for them as well...
what do u guys think?

should or shouldn't i???

Friday, October 30, 2009

sendiri b***k sendiri flush la!!!

ape ke hal nya lepas engko b***k, pastu engko biarkan je t**k ko floating2 dalam air tu..??
nak buat tayangan umum??
nak tunjuk kat 1 dunia keunikan shape t**k engko ke??
siot betol lah!
lepas dah buang, sendiri mau ingat la...
tak reti nak flush sendiri?
nak kena letak manual cara-cara flush toilet selepas digunakan??
tak pon...
engko ingat ni toilet automatik?
lepas ko b***k, dia flush sendiri???
arghhh... geram betol!!
masuk harini, dah 3-4 kali engko tak flush tahu tak???!!!



p/s: otak serabut dengan masalah... tgh pening nak wat progress report lagi!! arghhhh!!!! Ya Allah, tabahkan hatiku........

Thursday, October 29, 2009

a quick update

  • bangun tido pagi tadi badan rasa lemah. macam nak demam. mungkin sebab selsema malam tadi. nasib baik tak kritikal.
  • pagi tadi sengaja pergi kerja lambat. lepak2, brekfes sambil tengok tv kat umah dulu. hehehe..
  • dekat pukul 10am baru sampai lab.
  • siapkan design primer.. re-edit. hopefully la ok.
  • lunch with balkhis and shaza. ingat nak pergi 1 tempat ni. tapi macam dah takde orang je. haha. end up makan kat tesco besar.
  • finally setelah sekian lama dapat gak makan yong tau foo!! :') kempuanan dari aritu lagi..
  • pegi teman balkhis shopping barang dapur.
  • sempat rembat sebijik novel.. :)
  • sampai usm, pergi jumpa senior. nak antar primer design.
  • tapi dia takde. dekat sejam gak kot tunggu.
  • finally dapat gak jumpa my senior.
  • alhamdulillah, this time dia tak reject dah... fuhhhhh~ dah boleh order primer.. :)
  • bila nak balik tadi, lab plak terkunci!!! semua dah balik... tinggal aku and hadi je. ingat nak pecah masuk je. ada tempat rahsia. ngehehehe....
  • tapi kak su pesan suruh tunggu prof sampai. coz dia ada pegang kunci lab... (-_-")
  • dekat 15 min gak tunggu.... dah pukul 6.10pm time tu.... kire buat overtime gak la ni kan...(-_-")
  • tapi takpe..... sangat hepi!!! sebab........ ade lah!! heeeeee ^___^"
  • now tengah bz prepare slide presentation for my progress meeting esok.
  • siot je... tak tahu nak update apa untuk meeting nanti...
  • just wish me luck ok!!


cuak! cuak!!! >_<


p/s: hari ini tak begitu serabut... ^_^

Wednesday, October 28, 2009

serabut serabai diriku...



wahhh... hari ni rasa sangat stress!!! masuk ni dah tiga kali kena REJECT ok!! my primer has been rejected again... arghhhh.....!!!! sangat sakit hati + kuciwa... susah sangat ke nak dapat approval? "ok, primer ni sume dah ok. boleh order la primer2 ni..." adoi.... bila la aku boleh dengar ayat macam ni... mungkinkah tekaan ku tepat? lagi 3-4 bulan kemudian? kalau begitu... TAHNIAH kepada diriku.... (-_-")


apa yang buat kepala aku lagi bertambah serabut ialah progress report meeting hari jumaat ni... arghhhh... dah la projek aku satu hape pon belom usik... so, ko bajet aku nak hapdet progress ape??? tension tahu tak??? for sure banyak soalan diorang nak tanya. gaya macam tak puas hati pon ada. terok la aku kena 'fire' nanti.... arghhh... >_<


petang tadi shaza ajak gi tesco beli barang2 keperluan rumah. sepanjang perjalanan tak habes2 membebel pasal ketidakpuasan hati terhadap seseorang. biasalah. jiwa muda remaja. nak memberontak je. huhuhu. aktiviti membebel diteruskan daripada nak pergi tesco sampai la balik ke rumah. dah sampai rumah baru perasan yang kitorang ada tertinggal 1 beg plastik barang2 kat tesco.... T_T dah la dah bayar semua... wat rugi je.... adehhhh.... anggap la bersedekah balik kat tesco tu... (-___-")


ok, sekarang tengah selsema. sebab balik dari tesco tadi hujan rintik-rintik. orang kata, kalo kena hujan rintik2, kena basahkan kepala/mandi. taknak bagi demam. so, aku pon mandi. sebab mandi waktu malam, air sejuk, jadi sekarang selsema. ada perkaitan tak??


see???? betapa macam2 perkara serabut serabai yang berlaku. ok. cukup lah aku cerita pasal hari-hari serabut serabai aku arini. eh, tak cukup serabut? takpe, tengok esok plak camne. bertambah lagi serabut ke tak... ok, bye!



p/s: baca paper kosmo arini... bangga sebab CCB-USM berjaya revealed whole genome pokok getah.. CCB wehhh!!! bangga aku ada kengkawan yang keje kat sana... nak tau berita penuh bley baca kat sini.

Monday, October 26, 2009

mari berkaroke lagu jepun!

tetiba rasa nak update lirik lagu plak... lagu jepun plak tu... hohoho... tajuk lagu ni sekai ga owaru made wa by wands. nah... boley amik lagu ni kat sini. haa... korang tau tak ni lagu apa? this is one of anime slam dunk OST. if tak salah aku, 2nd ending theme song. my fav song in anime slam dunk!! memang layan giler ah lagu ni. everytime aku dengar lagu ni, sure aku rasa bersemangat! rasa berkobar-kobar. teringat plak scene2 dalam citer tu. how they struggling to win. pergh... lagi bersemangat aku rasa.... kalau korang pernah layan anime slam dunk ni, sure korang paham ape yang aku rasa :') dah2.. cukup lah aku membebel sampai sini. so, tunggu apa lagi? mari berkaroke bersama-sama!!! layannnnnnnn~



Sekai Ga Owaru Made Wa - WANDS
(Till The End of The World)


daitokai ni boku wa mou hitori de
nagesuterareta aki KAN no you da
tagai no subete wo shiritsukusu made ga
ai naraba isso towa ni nemurou ka...

sekai ga owaru made wa hanareru koto mo nai
sou negatteta ikusen no yoru to
modoranai toki dake ga naze kagayaite wa
yatsurekitta kokoro made mo kowasu
hakanaki omoi... kono Tragedy Night

soshite hito wa kotae wo motomete
kakegae no nai nanika wo ushinau
yokubou darake no machi ja yozora no
hoshikuzu mo bokura wo tomosenai

sekai ga owaru mae ni kikasete okure yo
mankai no hana ga niai no Catastrophe
daremo ga nozominagara eien wo shinjinai
na noni kitto ashita wo yume miteru
hakanaki hibi to kono Tragedy Night

sekai ga owaru made wa hanareru koto mo nai
sou negatteta ikusen no yoru to
modoranai toki dake ga naze kagayaite wa
yatsurekitta kokoro made mo kowasu
hakanaki omoi... kono Tragedy Night

kono Tragedy Night



slam dunk forever! ^_^



Rukawa Kaede yang super cool~


p/s: kipas-susah-mati anime slam dunk... (^_^")

Thursday, October 22, 2009

teruja dapat pergi ke gym untuk pertama kali

iya. seperti yang tertera pada title entry ni, aku berasa amat teruja kerana 1st time dapat pergi ke gym. hahaha. before this, dah 3 tahun dok kat usm tak penah pon terdetik atau berangan nak pergi ke gym. siap tak tau pon usm ada gym. hahaha. ketinggalan zaman betol! *giggle*


al-kisahnya semalam my labmate, fikah ajak pergi gym. bila dengar je dia ajak gi gym terus aku jawab, "tak nak". tapi selepas dipujuk oleh bebudak ni, aku pon on jela. lagipon bila lagi nak pergi kan. selama ni pon tak pernah masuk gym. tengok dalam tv je. dalam otak dah mula imagine, nanti time aku nak exercise, tetiba ada mamat hensem yang berbadan tough datang tolong aku handle alat2 tu.. ajar aku camne nak guna. pastu sambil exercise kitorang berkenalan, borak2, gelak2... lepas dah abes exercise, kitorang pon tukar-tukar no.telefon.. best kan camtu??? ^_^ tapi rupa-rupanya baru aku tau waktu penggunaan gym di asingkan untuk lelaki dan perempuan... (-_-") (mungkin tak nak ada kes-kes macam aku imagine tu... haihhh)


memula ingat nak pergi dengan akak2 senior lab yang lain, tapi sebab diorang lambat sket. so, aku, fikah, sya and fifi pergi dlu. sampai kat kaunter je, ada pakcik tu tak bagi kitorang naik. padahal kitorang dah pakai sports attire dah. siap ngan sport shoes. apa lagi ni? oh.. baru tau yang rules and regulation kat situ kena bawak towel sindri untuk lap peluh. tapi at last dia bagi naik jugak sebab kitorang 1st timer. sik bek dia tak tanya kitorang student tahun berapa. kalau dia tahu kitorang dah grad dari usm, tak pasal2 kena gelak balik ngan pakcik tu. huhu...


sesampainya kami di gym, masing2 terus buat muka macam, "oh, camni rupanya gym. sama je kan macam dalam tv tu..." (ok, padahal aku sorang je yang teruja. diorang yang lain slamber je...) memula masuk dah jakun. rambang mata nak guna yang mana. nak guna pon tak reti. hahaha.. mesti budak2 lain tengok kitorang pelik je. lantak la. yang penting buat muka confident. ngeeeee.. :D boleh kata semua alat2 kat situ aku dah cuba. tahniah!!! cuma threadmill je tak dapat naik... :( after dah cuba semua alat2 tu, last skali aku naik "kayuh basikal". aku challenge diri sindri untuk 15min. memula start macam relax je... cool lagi. 10 min yang pertama still boleh control. dah masuk 5 min terakhir... lenguh btol. berat giler nak kayuh. rasa macam tengah kayuh nak naik bukit. korang bley imagine tak? lenguh giler kaki ni. aku dapat rasakan yang lutut aku je yang kurus... T_T aku sedaya upaya jugak nak abeskan 15min tu. tapi tak berdaya sebab tinggal lagi seminit, adik fikah dah ajak balik. kalo tak boleh je abeskan 15min tu... lalala~~


turun2 je dari "basikal" tu, aku macam dah tak boleh rasa lutut aku ni. lembik semacam je. terus terduduk kat atas lantai tu. tak boleh nak berdiri pon... lepas dah relax kejap baru leh bangun. tu pon masa nak turun tangga terseksa jugak. boleh imagine tak? adoiiii... sakit sangat... T_T punya la dah lama aku tak exercise... bila skali pergi exercise, amik kau! habes lenguh2 1 badan ni... sakit badan... sakit kaki.... jalan pon dah macam penguin je... (sila jangan imagine ye...) sampai je bilik terus terjun atas katil. kepala rasa pening dan loya. mungkin penat sangat kot. maybe after tido secukupnya tomorrow i'll be fine.. hopefully......


so, ini la 1st experience aku pergi ke gym.. walaupon sangat penat, tapi best! sangat teruja...!! next time macam nak pergi lagi je... hehehe... jom kawan-kawan!!! bersenam bukan sahaja dapat menyihatkan badan, malah dapat juga mengurangkan lemak2 + kalori anda... saya sudah pergi ke gym.... anda pula bagaimana??? selamat mencuba!!! =)



p/s: alamak, kaki dah sakit... macam mana nak pergi meronggeng nih???

Tuesday, October 20, 2009

masih ada yang sayang :')

wah, title entry tak bley blah! hehe.. anyway, semalam aku memang rasa sangat terharu... entry ni ditujukan khas buat kamu2 di luar sana.. you know who you are... :)


referring to my previous entry, korang leh nampak kan yang mood aku sangat jiwa kacau. rasa down sangat. takde semangat nak sambung master, rasa diri ni useless etc.. sampai ke malam terbawak2 "useless_mOde" aku tu... status ym pon aku letak "aku=useless!"... nampak tak? betapa aku mendalami erti useless tu. rasa diri aku ni sangat useless dan begitu down skali... *sigh*


baru je aku tukar status ym tu, maka berduyun-duyun orang datang bertanya khabar aku..

"weh, nape status ko macam frust je?"

"hani, nape ni? what happen?"

"ko ada apa2 prob ke? cite la sket..."

"nape ko rasa diri ko useless plak?"

"ko ok ke ni?"



ok...dan sebagainya... before this kalo aku online kat ym pon, diorang buat tak kesah je kot kat aku. (pedulikan dia! pedulikan dia!) tapi, malam tadi, macam ramai je tetiba nak ym aku... tanya itu ini... siap bagi nasihat, ceritakan pengalaman hidup diorang, bagi kata2 semangat kat aku.... weh, aku sangat terharu ok!!! even member tak berapa nak rapat pon join skaki "brainwashed" kan aku... hahaha... to the bloggers too... thanks so much y'all~~


okla, sekarang, mood aku dah so much better... yup, aku perlu move on... sampai bila asyik nak depressed je kan... aku kena jadikan kata-kata senior aku tu sebagai catalyst (pemangkin) untuk aku berusaha. insyaallah.... ^_^


walaupon aku tak pandai..... aku akan cuba!
walaupon aku malas.... aku akan cuba!
walaupon aku lembap.... aku akan cuba!
walaupon aku tak pernah buat kerja molecular.... aku akan cuba!
walaupon aku tak biasa suasana lab.... aku akan cuba!
walaupon aku tak biasa dengan senior2 lab tu.. aku akan cuba!
walaupon aku tak tahu itu ini.... aku akan cuba!
(perghh...semangat nih!!)



aku akhiri entry kali ni dengan lagu daripada blog ni...
frank sinatra-my way!
lagu tema untuk aku terus survive...
memang sangat bermakna + bersemangat lagu ni...
hopefully korang dapat rasa apa yang aku rasa....
thanks to mardani for the song... :)
enjoisssss!!!!


And now, the end is near
And so I face the final curtain
My friend, I'll say it clear
I'll state my case, of which Im certain.

I've lived a life thats full
I've traveled each and every highway
And more, much more than this
I did it my way.

Regrets, I've had a few
But then again, too few to mention.
I did what I had to do
And saw it through without exemption.

I planned each charted course
Each careful step along the byway
But more, much more than this
I did it my way.

Yes, there were times,
I'm sure you knew
When I bit off more than I could chew
But through it all, when there was doubt
I ate it up and spit it out
I faced it all and I stood tall
And did it my way.

I've loved, I've laughed and cried
I've had my fill, my share of losing
And now, as tears subside
I find it all so amusing.
To think I did all that
And may I say - not in a shy way,
No, oh no not me,
I did it my way.

For what is a man, what has he got?
If not himself, then he has naught
To say the things he truly feels
And not the words of one who kneels
The record shows I took the blows -
And did it my way!



p/s: mesti boleh punya!!!! ^_^

am i useless???

haih... tadi baru je tulis entry pasal dah malas nak update blog la, takde masa nak update blog la, dah makin busy dengan projek la, itu la ini la.. tup2.. tak sampai 24 jam, dah naik entry baru plak. huhu. bila cakap je tak nak update blog, ha... mula la idea nak tulis blog ni mencurah2 ke ladang gandum... ^_^"


actually nak update sket pasal tadi. tadi tu apa? kejap la. baru nak cite ni. haihhh... (-_-") petang tadi ada wat appoinment ngan senior. nak bincang about my primer design aritu. sehari sebelum tu dah berkobar2 siapkan design primer, carik expression vector yang sesuai bla.. bla... nak tunjuk kat senior. dengan harapan lepas tunjuk primer yang aku design ni, boleh terus order primer and start my project. tapi, segalanya tak seperti yang ku harapkan......... tsk.


lepas jumpa senior tadi, rasa macam nak nanges.. kenapa? dia marah kamu ke? dia tengking kamu? dia cakap yang bukan2 pasal kamu? dia buat apa???? wowowo... relax2.... actually, my senior tak buat apa pon. kitorang pon bincang baik2 je tadi. takde konflik di situ. tapi, entah nape... aku rasa... i'm soooo stupid! seriously! dah nak masuk 4 bulan aku study pasal projek aku, tapi aku macam tak dapat input apa2. nothing! zero! rasa macam bodoh sangat. apa yang senior aku tanya, semua tak boleh jawab. i feel like i wanna kill myself. kenapa b***h sangat nih??


anyway, aku admit la. bukannya selama 4 bulan aku datang lab, aku study or baca jurnal. yup, mungkin aku ada baca jurnal, tapi tak sungguh2. yela, sapa tahan kan, tiap2 hari datang lab, terus baca jurnal, baca saintific article, carik info pasal projek. mana tahan beb! aku bukan orang camtu. baru baca jurnal 2-3 baris, dah bukak facebook. sambung baca 2-3 baris lagi, dah start blogwalking. macam mana nak maju camni kan? sapa tak marah? no wonder la kena 'motivate' dengan senior tadi... "kamu amik master ni sebab nak dapatkan master tu ke, or nak belajar and dapatkan knowledge?" hm.... mestila aku tak cakap sebab nak dapatkan master.... (-_-")


bak kata my senior, "kamu dah master, kena pahamkan setiap benda yang kamu nak buat. jangan harapkan saya nak tolong baca untuk kamu. sekarang dah master, semua kena buat sendiri... baca... baca.... baca.... paham kan prinsip dan teori. kenapa buat camni? kenapa guna benda ni? kenapa jadi camni? nanti bila orang tanya kamu, kamu boleh jawab.."


so....inilah yang aku nak bagitau kamu semua. aku rasa sangat down sekarang. i feel useless! tiba2 aku rasa macam nak terminate je master ni. nak sambung master ni sangat stress oke!!! faktor environment dalam lab juga turut menyumbang saran kepada ke"stress"an aku.. argh!! perlu ke semua ni??? lebih baik tunggu orang masuk minang, pastu kawin, dok umah, jaga suami and anak. kan??? tak! tak! tak boleh macam ni. itu kata2 orang yang lemah. i must keep on going. keep going no matter how tough the going is. betol tak?


takpelah, mulai esok, aku akan study betol2. tak nak main2 dah. kena paham betol2 untuk projek aku nanti. hopefully la azam kali ni last longer. jangan lepas seminggu, back to the same routine. hehehe.. takpe2, kita tengok camne. wait and see. lalalalala~~ *wink*


next week we all ade progress report meeting. mati la!!! project belom start apa2 pon lagi, nak ada progress apa??? T_T


"saya tahu saya tak pandai, saya pemalas, saya tak sama macam orang lain....
tapi, tolong lah bagi saya sedikit ruang dan masa....."



p/s: nampaknya mungkin kena tunggu lagi 3-4 bulan kot baru leh start projek... T_T

bila aku nak update...?

seriusly!!! aku dah macam malas giler nak update blog. kadang2, bila ada citer best yang nak diceritakan, aku plak kepenatan lalu malas nak update. "takpela, update esok jela"... bila ada masa free, tak de cite best plak... haihhh...


seronok je bila baca blog kawan2 lain... rajen je diorang update.. ada cite tu, ada cite ni... tapi blog aku sunyi je... korang simpati tak? mesti korang dah tak jenguk blog ni kan? tsk.. tsk..


next week maybe aku dah nak start dengan my project. lagi la kurang masa aku nak spend kat blog ni kot. hopefully not. aku akan cuba gak update selagi aku mampu. tak nak biarkan blog ni terkubur camtu je.. aku saaaaaayanngggg blog ni :)


okla...dah tak tahu nak cite pe... stop dlu la... nanti aku update lagi.... tolong bagi aku masa k....



p/s: dah lama giler aku tak gi meronggeng!!! ada sapa2 nak teman aku ronggeng tak???

Monday, October 12, 2009

3 in 1 party! dan sebuah kehilangan...

dah lama tak update blog ni kan... blog ni pon nampak macam dah takde tuan dah... taik cicak bersepah sini sana. apa boleh buat. tuan dia pon semakin bz je... tak sempat nak bersihkan blog. hmm...

hari ni datang lab macam tak bermaya je. pagi2 cuaca mendung. gelap. sampai je lab, rasa sunyi. labmate yang lain belom sampai lagi...


(flashback 3 hari lepas)

Jumaat, 9 oktober 2009


pagi: icebreaking with Lab 414 'seniors'.... introducing what are we going to work on, what are their project and so on... memula agak nervous nak jumpa ngan senior2 ni. yela, sebab diorang senior kan. dah lama stay kat dalam lab tu. aku ni plak budak baru. dah la semua benda pon tak tahu. diorang tanya macam2, jadi blur terus. huhuhu. banyak rupanya benda yang aku tak faham lagi. lepas dah beberapa minit icebreaking ni, they all seems OK la... tak seperti yang aku imagine sebelum ni. hohoho. but still, ada gap senior-junior. lagipon, projek aku belom start lagi. so, takleh nak dok kat lab tu. once my project started, then, i'll be staying in that lab also. takpe, ada masa lagi. nanti dah lama2 close la kot. hopefully semuanya ok.... *pray hard*


petang:
dr. aida' s party!!!! what party??? i shall call it 3 in 1 party.. huhuhu... why is it 3 in 1?? sebab, ada 3 occasion... 1) jamuan hari raya 2) jamuan hari jadi (harini hari jadi dr.aida!!) 3) farewell party.... ok, malas nak cite panjang2... let the pictures speak itself... ecececehhhh...


bbq chicken + sausage




memang banyak giler makanan!! semuanya dr.aida buat sendiri... macam2 ada! nasi lemak, mee kari, nasi himpit kuah kacang, choc muffin, egg tart, cookies, kuih muih, cake and ice cream.. fuhhh... sangat banyak. tak larat rasanya nak rasa semua. tapi dah masuk 3 round kot aku makan. hehehe...



ini birthday cake dr. aida.
yang ke berapa tahun eh??? jeng3.....


with other lab414 members.


kami makan sangat banyak!! hahaha.. ini round yang ke 3... maybe??? :P


bermanja-manja with my babe, fikah :)
ohye, kami juga mempunyai citarasa yang sama... ehem2... :P


my fwens~ (except budak baju oren tu! grrr...grrrr....)


with fifi and prof nazalan's daughter, faatin ^_^ bila bergambar dengan budak comey, secara tak langsung, diorang juga menjadi comey... eh, apakah??? hahaha


my kapel on that day. ariff nazalan. decide nak kapel sebab kitorang pakai baju sama. boleh tak? hahaha. tapi dia tak mau. sebab dia cakap aku lagi tua dari dia. cehhhh... (-__-")


lepas tu kami pon gadoh dan decide nak break. ok, fine!
ariff, jangan memilih sangat boleh tak?? T_T


ini la dia ariff nazalan!! grrr.. grrr... >_<
tak boleh nak jumpa dia. ade je benda yang nak gadoh. siap la ariff!!!


fwens~


with kak suria and dr. aida.. yang tengah tu la dr. aida...


geng gossip mbbs including dr. aida... hahaha.


perlu ke letak gambar ni? perlu la! sebab ade motif tersirat... ngehehehehe



so.... arini dr. aida dah takde kat mbbs. dia dah fly to US. nak sambung buat postdoc for another 3 years. rasa macam lain plak dr takde dalam ni. eh, korang jangan konfius plak. dr. aida ni not my supervisor. just wat sementara ni je aku tumpang dok kat lab dia kat mbbs ni. anyway, dr. aida pernah gak jadi my supervisor during my undergraduate final year project. what can i say about her? hurm.... lecturer paling sempoiiiii kat bio skool! walaupun supervisor master aku sekarang ni pon sempoi gak, tapi dr. aida ni lagi sempoiiii ah... kalo sapa yang jumpa dia, sure tak pecaya yang dia ni lecturer. cuba scroll atas balik. tengok orangnye camne. kecik je kan. dah macam student plak. dulu masa aku 2nd year, buat praktikal under dr.rashidah, aku tak kenal lagi ngan dr. aida ni. tetiba dia datang lab. aku ingat akak senior mana. aku ngan kawan2 pon slamber jela layan dia. wat otai. macam malas je nak layan. "lantak-ko-la" attitude. (ade ke??) huhuhu.. pastu baru la ade akak senior lab kitorang bagitau yang "tadi" tu lecturer. dr. aida la! gulp! nasib baik tak wat something mean to her. hehehe... tup2, masa aku 3rd year, dia yang jadi supervisor untuk FYP aku... (^__^")


memang best ah dr.aida jadi supervisor. she helps a lot! walopun kadang2 dia agak bz, tapi dia still ada masa nak tolong kitorang. ok, fine. semua supervisor pon tolong kan... erm, tapi dr. aida ni lain sket. sebab kita boleh wat dia cam kawan je. seriously. walaupon dia lecturer aku, tapi bila dengan dia, kitorang jadi open. cite jela macam2. even pasal personal life pon dia slamber je cite. kalo nak gosip tu memang best ah. kitorang sekepala. ade je nak mengumpat kan. ooopsss... bukan ngumpat. tapi bertukar2 pendapat... hehehe.. kalo dengan dr. aida, aku tak malu nak tanya soalan. soalan apa2 jela. even soalan yang paling senang, aku ske tanya dia. sebab dia akan terus jawab tanpa suruh aku refer balik kat notes/buku. hahaha.. itu yang best. takde la dia nak cakap, "eh, ini subjek masa 1st year kan? xkan dah lupa kot? cuba tengok balik notes yang lama..." :P


tapi, starting today... dr.aida dah takde kat sini.... memang agak terasa dengan kehilangan dr. yela, dekat 2 tahun aku kenal dr. rapat ngan dia. sekarang rasa lain plak.. lab pon sunyi je. kalo tak kat lab mesti ada something yang kitorang borak2. takde dah nak gosip2 pasal "institusi berkenaan", takde orang nak ajar pasal crystallization.. takde orang nak jawab soalan2 bodoh aku. kalo tanya orang lain mesti diorang suh aku baca sendiri!!! tak best nya.... huh.... okla, nak wat spesel wish to dr. aida... eventhough she won't read this....

to : DR. AIDA

- thanks so much 4 everything
- good luck in your post doc study
- we absolutely gonna miss you!
- take good care of yourself... ^_^



p/s: malas nak citer panjang2. (tak panjang ko kata???) takde mood sebenarnya. rasa macam nak pergi holiday je. ada sapa2 nak ikot tak?

Monday, October 5, 2009

trip bali-bali + VSK part 2


yeahhh... seperti yang telah dijanjikan, aku akan update entry pasal trip bali-bali + VSK... kali ni kitorang pergi ke alor star kedah plak! memang beraya sakan la. nak gi beraya rumah ashraf a.k.a rempit. kali ni konvoi 2 kereta je. dah tak payah nak sewa kereta. yg girls (aku, shaza, sya) naik kereta baru mardani dan yg boys (hadi, rempit, topek) naik kereta azmir. kitorang gerak kul 12 tgh hari. dari penang ke alor star, ambik masa dalam sejam lebih jugak la. sebagai co-driver yang bertauliah, aku kena dapatkan tido yang secukupnya. padan muka driver tak bley tido..hahaha (ditujukan khas untuk mardani sahaja)


akhirnya sampai di rumah rempit dalam pukul 1 lebih camtu. sampai2 je, mak dia jamu kitorang nasi minyak, ayam masak merah, ayam masak kicap, jelatah, air asam, masak dalca. memang sedap ah! pandai mak rempit masak. "kick" betol air asam tu.. pedas! tapi sedap... (eh,dah macam iklan sos jalen plak.huhuhu) best ah! bebudak ni 2-3 kali tambah nasi kot. aku makan sekali je, sebab tak tahan pedas. hehe...


lepas serbu rumah rempit, kitorang semayang zohor kat masjid zahir alor star. lawa ah masjid ni.. sempat gak kitorang bergambar. dah macam foreign tourist plak. hehe. tapi masjid ni memang cantik. dengar cite ade 1 masjid yang lagi cantik. masjid bukhary. tapi tak sempat nak pergi pon. ok, takpe. next time. :)


alang2 dah datang alor star ni, kitorang tak melepaskan peluang amik gambar kat menara alor star. hohoho. memula semua malas nak naik. just nak lepak2 kat bawah je. tapi sebab dapat student rate yang hanya rm4, kitorang pon naik gak la sampai ke puncak menara. actually bukannya ada pape sangat pon kat atas tu. tapi sempat gak la try skodeng mamat2 hensem kat bawah tu... haha. poyo je. seriously tak tahu nak wat ape dah. boleh tangkap2 gambo jela.. hurm...


lepas berposing ambik gambar kat menara, shaza ajak gi makan cendol pulut and laksa. sampai sesat2 carik tempat makan tu. tapi nasib baik jumpa. dapat gak melepaskan kempunan nak makan cendol pulut. perghhh... memang masyuk giler ah dapat makan cendol pulut time tengah cuaca panas tu... heaven! huhuhuhu... bebudak ni sampai order 2 mangkuk cendol... sedap memang sedap. tapi kacang tu masam sikit. aku memang tak suka kacang. so, tak merasa la kemasaman tu. hehe. aku plak rasa cendol tu kurang manis. padahal tak kacau betol2 pon gula merah kat bahagian bawah mangkuk tu. ceisss...siot betol diorang gelakkan aku! :( tak kesah la. yang penting perut aku kenyang. hahaha


kitorang bertolak balik ke penang dalam pukul 5 camtu. kali ni, sepanjang perjalanan aku tak tido. walaupon aku kenyang + mengantok, aku setia jadi co-driver yang bertauliah. kena jadi pemerhati bebas encik driver ni. dia bukan boleh. dah la tengah mengantuk tu. aiiii... bahaya2... tapi nasib baik. sampai ke penang, semuanya selamat... syukur alhamdulilah.. (gaya iklan hai-o)


ohye, nak balik ke 'pulau' pinang, kali ni kitorang saja nak naik feri. taknak lalu ikot jambatan pulau pinang. best ooo dapat naik feri. tambah plak time tu matahari nak terbenam. pergh...memang cantik ah... dengan angin yang sepoi2 bahasa... ombak memukul2 feri...(ade ke istilah ni??) tudung sampai kelepet2 pon tak kesah la. janji dapat tangkap gambar atas feri. hehehe... mardani siap dapat mandi air laut lagi. hahaha..padan muka dia! :P eh eh... tak baik. dah la tumpang kereta dia. nak ejek dia pulak. tak baik. ok ok. kesian dia..... (hihihihihi) erm.... turun je feri, gerak balik ke bali-bali. sampai kat bali-bali pukul 8pm. lepas ucapkan terima kasih kat mardani, terus naik ke rumah. ok, itu je. malas nak elaborate panjang-panjang.


eh, lupa nak bagitau. jom la layan gambar2 ini.... ^___^


@ rumah rempit -1-

@ rumah rempit -2-

nasi minyak dan lain-lain

masjid zahir alor star

model masjid

menara alor star

skodeng mamat hensem

depan menara alor star

model remaja... ;)

hadi = kamal adli (bio-nik)...???

gula merah yang tak habes dikacau..hahaha

melepaskan kempunan...


hadi & topek tido... hahaha

pemandangan waktu senja....

titanic_mOde

atas ferry...

dapat gak merasa naik kereta baru mardani... ^_^



- THE END -

kasi spoil gua punya mood je...

mood nak tulis entry pasal trip bali-bali + VSK part 2 terbantut!! ni semua pasal ade insan-insan yang mengganggu ketenteraman ku di awal2 pagi tadi... ceissss...


pagi tadi datang lab dengan penuh bersemangat je. yela, last week dr bagitau kitorang kena move tempat baru. tempat ni dah takde orang duduk. daripada dibiarkan kosong, beter kitorang yang duduk. tempat ni lagi selesa. ade tempat sendiri. macam best je. tapi, tak sempat nak panaskan punggung lagi, dah ade orang kacau plak...


"orang luar tak bley dok dalam ni. so, kamu kena keluar. kitorang nak kena kunci bilik ni...."


arghhh.... siotttt je. apesal plak nak suh kitorang kuar bilik ni? lagipon tempat tu bukan tempat diorang dah. ape hak diorang nak kata tempat tu tempat diorang lagi?? lantak la kitorang nak dok dalam ni pon. bukannya kacau sape2... daripada biarkan tempat ni kosong je. nak bagi sapa duduk? ini bangunan universiti kot. bukannya hak milik diorang sepenuhnya. dah ada tempat baru, tak yah la kacau tempat ni lagi. dammmmmnnn!!! geram betol ah.... pastu dengan blur2 dan penoh keterpaksaan terpaksa la aku ngan hadi angkut semua barang2 gi lab bawah balik. pastu dah takde mood nak wat keje. dok melepak je dengan hadi sampai lunch. malas nak wat keje. tunjuk perasaan. mogok! nasib baik supervisor tak datang check. hohohoho.. dah lepas lunch baru la terhegeh2 nak on laptop, bukak tenet, siapkan keje. sebab sok ade meeting ngan supervisor. primer tak design lagi ni. sok dr nak check. haihhh... kena gak la wat keje. tak jadi nak mogok sampai petang. hmmm....


kesimpulannya, arini mood aku telah di spoil kan oleh insan-insan yang "pentingkan diri" dan rasa diorang tu hebat sangat. semua tempat pon diorang nak conquer. tau la diorang hebat! bila cakap pasal "diorang" ni rasa cam nak marah je. tak pasal2 orang yang ada relate ngan "diorang" ni pon kena tempias gak. sory kepada yang terasa tadi. huhu... okla. stop sini dlu. ada date ngan balkhis and kak hanis malam ni. nak gi bersiap. bye!

Sunday, October 4, 2009

trip bali-bali + VSK part 1

last week mardani ade invite gi open house umah dia kat taiping ari sabtu ni. memula ingat tak mau pegi. sebab jauh. plus takde transport. tapi, setelah berdiskusi dengan geng bali-bali (housemates-aku, shaza, ina, sya), kami pon decide nak pegi gak. gigih sewa kereta.. (-__-") pegi konvoi 3 kereta. lagi 2 kereta geng VSK (mardani dan housemates-topek, rempit, azmir+hadi, acip). memula janji nak pergi kul 10. ok, tak jadi. tuan umah ada hal. pastu nak gi kul 1pm plak. dah bersemangat siap2, kitorang tunggu kat BJ sementara nak tunggu bebudak ni. boleh plak diorang lambat. dekat kul 2.30pm camtu kot baru gerak. haihhhhhhh.... susah betol planning dengan bebudak laki ni....


time pergi ni aku yang drive. nasib baik kereta auto. tak penat sangat. tapi sebab ni hanya kereta kancil yang lama, so aku tak leh nak speeding. baru bawak 100km/h dah macam semput2.. yang bebudak tu plak bawak nak laju je. tinggal la kereta aku kat belakang. takpe2. bawak slow and steady. kitorang sampai taiping dalam pukul 3.30pm kot. perut memang dah lapar giler. sampai2 je, jumpa mak bapak dia and terus serbu makanan. ada macam2 makanan kat situ. mee kari, nasi impit kuah kacang, laksa, rojak. banyak jugak la yang kitorang makan. memang kelaparan time tu. sebab dah datang lambat, sik bek tak ramai sangat orang. tak malu nak makan banyak. hohoho. lepas dah menghabeskan makanan kat rumah mardani, kitorang gi serbu plak rumah akak senior azmir. aku tak kenal pon dengan akak ni. tapi sebab bebudak ni nak pergi, follow jela. boleh makan free lagi. hahahaha. kat rumah akak ni kitorang makan bihun goreng. sedap! tapi perut dah kenyang... anyway, still habes gak makanan tu... hihihihi...


time kitorang kuar dari umah akak ni dah pukul 6. pastu tak tahu nak gi mana. takkan nak terus balik penang kot. tak remaja la kan... huhu... so, kitorang plan nak gi zoo taiping! tapi since zoo taiping dah nak tutup kul 6.30pm, so, kitorang lepak2 dulu kat taman tasik taiping sementara nak masuk night safari kul 8pm. actually bukannya buat pape pon kat tasik tu. jalan-jalan,tangkap-tangkap gambar. pastu tunggu la sampai pukul 8pm.. (-__-")


first time nak masuk night safari ni... ngehehehe. kena bayar rm16... duduk dalam train, ade pakcik tu cerita itu ini pasal binatang2 tu. actually bukannye nampak sangat pon binatang2 tu. baru nak carik binatang yang disebut2, dah train move ke tempat lain plak. memang tak puas! tangkap gambar pon tak nampak ape sangat. kebetulan plak malam tu hujan. semua binatang nyorok dalam shelter. haihhhh...rasa cam rugi je rm16 tu... (-___-") lain kali kalo korang nak gi, beter gi pagi sampai petang. zoo taiping ni besar gak. puas kalo jalan seharian... nampak sikit binatang2 tu... tapi yang bestnye night safari ni, binatang yang tak aktif waktu siang, kita leh tengok diorang aktif waktu malam... :) kesimpulannya, korang stay jela dari siang sampai malam. hahaha


kitorang kuar dari zoo taiping ni dalam pukul 9pm++. pastu plan nak balik umah jela. sebab dah lewat. tapi on the way back diorang nak singgah umah aku plak. umah aku bukannya wat open house pon. tapi, takpelah. dah diorang nak menyinggah je. mak aku sempat la masakkan bihun goreng. sebab semua tengah lapar, memang habes la bihun goreng 1 kuali tu. di mana ada bebudak ni, sure makanan leh habes punya la! hahaha... lepas dah makan, diorang lepak2 kat umah aku jap. dalam kul 11 baru gerak balik ke penang. terpaksa tinggalkan umah... wuwuwuwu... :'(


akhirnya....sampai ke penang dalam pukul 12am... perghh... penat betol. seharian jalan. tapi bukannya wat pape sangat pon. maybe sebab dah lama tak kuar jenjalan. asyik terperok dalam lab je... hurm... okla, nak stop sini dlu. layan je gambar2 ni....


geng bali-bali

kat umah mardani

kat umah akak senior

jalan-jalan kat taman tasik taiping

atas train night safari

gambar ape? keretapi.... haha

zoo taiping & night safari

bali-bali + VSK

@ my home-1-

@ my home-2-

dapat gak naik kereta baru mardani!!



p/s: trip bali-bali + VSK part 2 is coming up soon!!! ^_^
 
Blog Template by yummylolly.com