Wednesday, December 30, 2009

makan-makan bos belanja

perghh.. lame kan tak update? korang rindu aku tak? of course la kan! muahahaha... (bajet hotstuff!) erm, sebenarnya takde ape nak cite pon. eh.. ade2.. ingat nak update 2 ari lepas. tapi sebab tengah sebok berholiday di rumah, jadi malas nak taip apa2 entry. lepak2 je. so, untuk melepaskan kerinduan korang kat aku, terpaksa gak la aku update entry untuk arini.


haaa... dah baca title entry kan. ini yang aku nak update ni. lunch tadi my boss belanja makan! weeeehuuu... bestnyaaaa!!! tapi bukan aku sorang... 1 lab dia belanja.. dalam 15 orang yang join. kitorang gi makan kat kedai tomyam pak hussin. menu utama mesti la tomyam. side dishes aku tak tau nama. yang aku tau, sampai depan mata, melantak terus... hahaha... tapi banyak gak la side dishes. total dalam rm200+ gak la kot.. but not to sorry, not to worry... semuanya boss belanja!! hahaha... bagus2...sebenarnya kitorang gi lunch ramai2 ni pon sebab wat majlis perpisahan untuk emmanuel ni. sape emmanuel?? well, he's one of my labmate. senior labmate. pasni dia dah tak dok kat lab tu lagi. dia nak wat kat tempat lain plak. papehal, semoga mr.emmanuel berjaya kat mana2 dia pegi...


okla, since arini agak kepenatan dengan lab work, experiment tak jadi, siapkan lab book and prepare untuk progress meeting esok, so, agak takde masa nak edit entry ni jadi kaler maler... busy! busyyyy!!!


rasanya ni entry last kot untuk tahun 2009 ni.. kalo aku rajen nanti aku update la lagi... apa yang menarik sepanjang tahun 2009 ni... ok? jumpa lagi di next entry....!! :))

Monday, December 21, 2009

hepi belated besday inche belog!

korang rindu aku tak???? ngeeeee :D gile lama aku tak update! bukan takat tak hapdet.. aku tak surf tenet langsung kot...alasan paling senang? MALAS! BOSAN! tiada keterujaan untuk mengonline dan menghapdet blog. tapi... untuk hari ni... adalah harus untuk mengupdate. mengapa? kerana demi meraikan hari ulang tahun blog yang ke 1 tahun! (sila imagine blog ni seperti sorang budak yg berumur 1 tahun yang baru nak bertatih dan petah berkata2.. alololo... cumel nye... :') )actually besday belog ni 19 disember 2008... so, 19 disember 2009 genaplah berumur 1 tahun. tapi kerana pada hari tersebut, rasa sangat malas nak menaip "hepi besday".. that's why di pospon ke hari ni.. hehehe... (dasar pemalas!!)


::mode skema::
so, bersempena dengan ulang tahun kelahiran blog yang ke 1 tahun... maka... tiada apa2 pon yang istimewa... hahahaha... so, sebagai cik empunya blog ni saya ingin mengucapkan tahniah kepada diri saya sendiri kerana berjaya berkecimpung di arena blogging ni selama setahun. terima kasih juga kepada semua followers saya, kerana men'support' saya dengan memberi komen, kritikan dan kutukan yang membina serta sudi menerjah blog yang tah hape2 ni.. sesungguhnya, andalah semangat saya untuk terus berblogging... yeahhhh!! (mari tepuk tangan beramai2 untuk diri sendiri)


harapan saya buat blog terchenta ini di masa hadapan ialah supaya beliau akan terus aktif selamanya dan dapat diupdate dengan lebih kerap. saya juga berharap supaya blog ni dapat dinaiktaraf dengan layout dan header yang lebih cantik menarik tertarik. tapi bila nak naiktaraf? itu yang kita tak tahu... hohoho... papepon, semoga blog kesayangan ramai ini terus maju!  yeahhhhh~~~ do support me yaaa!! ^_^



p/s: nak tau camne leh dapat idea buat blog ni?? sape sumber inspirasi?? kenapa nama blog ni "the moment of truth"? ayuh, kita nantikan jawapan2 ini di ulang tahun kelahiran blog yang ke 2 tahun! ;))

Friday, December 11, 2009

my new obsession....lab!

pagi2 tadi lagi semangat datang lab awal. pukul 8.30am dah sampai lab. tapi takde sapa lagi dalam lab. kira jadi orang first yang merasmikan lab arini. ngehehehe. sampai2 je lab, tak sempat nak berehat walaupon kepenatan naik tangga sampai tingkat 4. terus mulakan kerja. carik2 barang nak run PCR. yela, kalo buat lambat kang, dah masuk slot orang lain plak. so, beter wat awal2... tapi sebab dah wat keje asyik kalut2 kan, mesti la ada error. nasib baik la slight error je.. hanya dapat berdoa, semoga ianya tak affect apa2. huhuhu.. lepas dah run PCR dengan jayanya, baru la sempat berehat dan menjamu breakfast di dalam lab. nasib baik takde orang dalam lab. ngehehehe~ so, sementara nak tunggu PCR siap, memang sangat bosan la. takde ape keje nak buat. nak baca jurnal memang malas. so, dok membuang masa jela. jalan2 sana sini. baca apa2 yang patot...


PCR ni amik masa almost 2 - 3 jam. depends la. tapi untuk PCR aku ni, just 1 jam 50 minit. lepas dah run PCR, kalo nak tengok samada PCR kita ni berjaya ke tak, kena la check. cara nak check, kena la run gel electrophoresis. kalo ada kuar band yang berada pada saiz yang betol, means that PCR kita tu berjaya la. petang tu aku bersemangat nak run gel. harap2 la PCR aku kali ni berjaya. before this dah penah buat dah. memang ada band. tapi tak cun sangat. kaler dia pon fade je. so, misi aku kali ni nak cuba bagi terangkan sket band tu. make it clear. tapi sebab awal2 tadi dah ada wat error sket kan. tak tau la camne...


erm, unfortunately, memang takde band. ok, ada la jugak band sebenarnya. tapi sangaattt fade. lagi fade daripada yang lama punya. arghhh... siot! nape tak jadi plak ni... nampaknya aku kena repeat lagi ar PCR ni... kalo nak buat PCR bukannya cakap nak wat sekarang, boleh buat sekarang. kena booking dulu. al-maklumla, mesin PCR ni limited. kena share 1 lab. kalo nasib baik takde orang nak wat time tu, kira rezeki la... huhu.. next week, time aku nak buat, slot dah full. ari yang aku taknak wat, banyak slot free plak. so, nak tak nak, kena la jugak aku datang semula ke lab pada hari sabtu. u heard me. DATANG KE LAB PADA HARI SABTU. mungkin normal bagi bebudak lain, tapi bagi aku, ni kira 1 pencapaian terbesar kot. hahaha.. tak pernah dibuatnya time cuti2 ujung minggu ni, masa untuk aku berehat dan meronggeng, nak kena pegi lab jugak... hilang kemanisan hari sabtu ku! >_<

Wednesday, December 9, 2009

the place where i'll spend my life at...




cuba teka kat mana tempat ni???


dah2... jangan sampai runsing2 pening kepala pikir mana tempat ni....meh aku nak bocor rahsia sket..... haaa... untuk pengetahuan korang, ini la bench aku wat lab work. heeee.... ^___^  comel tak? comel tak?? (entah apa yang dikatakan comel pon tak tahu la...ceissss!) mungkin agak serabut sket kot... hehehe~  kat tempat ni la nanti aku akan menghabiskan sisa2 hidup aku selama 2 tahun (insyaallah).. demi menghabeskan pengajian master aku... hopefully la dapat habeskan and tak give up half way je... kena kuat semangat!! ingat, nak sambung master bukan senang. tambah2 lagi kalo nak wat research ni... "always expect the unexpected!" :)


erm, actually tak tahu nak update apa.. so, entry kali ni mungkin agak pointless. huhuhu... ape2 jela kan... yang penting update! kan???? :))



p/s: still tak jumpa lagi layout yang berkenan di hati...huuu~

Monday, December 7, 2009

semakin hari semakin malas...

aku pon tak tau la.. entah nape semakin hari aku rasa semakin malas nak update blog ni... padahal banyak je benda yang berlaku... selalunya tergedik2 nak update... tapi skang, makin malas... rasa macam makin bosan... *sigh* jeles betol tengok blogger yang boleh update entry tiap2 hari.... respek ah! ermmm... mungkin aku patot tukar layout blog ni kot... biar berwajah baru...nampak fresh sket... baru bersemangat nak mengupdate...kan...?? tapi masalahnya aku tak reti la nak decorate blog ni... nak edit-mengedit gambo.... i need some help! anyone...?????

Tuesday, December 1, 2009

entry pendek je...

perghhh..... dah dekat 1 week kot tak update blog ni. actually ada banyak je citer yang nak diceritakan dalam blog ni... macam2 sangat! tapi wat masa sekarang takde masa nak update. sangat busy with my lab work. arghhh!! dulu masa projek tak start lagi, boleh la dok online 9-5pm. layan facebook, mengupdate blog, blogwalking, ym... tapi skarang ni bukan stakat nak online, nak bukak laptop pon dah takde masa... bila balik rumah dah kepenatan, malas nak bukak laptop. lepak2 layan tv, pastu terus tido. esok pegi lab. busy buat keje. balik umah penat dan tido. begitulah aktivitiku 2-3 minggu ni... haihhhh... nak meronggeng pon tak sempat. banyak lagi movie nak kena catch up ni... huhuhu... eh2.. stop cni dlu la. kata entry pendek kan. tak leh wat panjang2... iye2.. aku tau korang rindu kat entry2 aku kan... (wakakaka! perasan seyhhhh!!!) sabar2... nanti dah free sket aku update lagi keh...aku pon rindu nak melawat blog korang... heeeeee :DD
 
Blog Template by yummylolly.com