Monday, February 22, 2010

akibat rajen ke lab pada hari cuti

assalamualaikum semua! :)

bertemu kembali... lama kan tak update? biasalah. malas! (dah malas nak carik alasan. tengok. malas lagi). sepatutnya nak update entry ni semalam, tapi biasalah. kan dah cakap tadi. malas. arini je konon macam rajen sikit. huhuhu. oh ye, nak bagitau. semalam kan, aku tido dekat 12 jam kot! giler ke hape kan. macam nak tido forever je... al-kisahnye begini..... (background music lagu gamelan)


pada hari jumaat yang lalu, aku memang seronok. datang je lab, tapi takde wat kerja. kebetulan labmate ramai tak balik cuti lagi. so lab lengang je. aku pon malas nak wat kerja. tak best ah wat kerja. tak bley main berebut2. huhu.. takpela, start wat kerja next week jela. semangat baru. yosh! so, aku pon dok jela mengadap laptop kat dalam lab sampai la hari jumaat.... then, malam tu baru aku terpikir, aku nak start wat kerja isnin depan, but then, aku tak prepare pon bahan2. medium culture etc... adoyaiiii... so terpaksa la buat keputusan nak datang lab hari sabtu.... (-___-") padahal boley je wat time2 free aritu.... >___<


so, keesokan harinya, dengan semangat yang berkobar2, bangun tido pukul 10 terus siap2 gi lab. nasib baik ada orang gak kat lab. takde la kesunyian sangat. huhu. sampai2 lab, buat kerja dengan bersungguh2. keadaan dalam lab itu sungguh sejuk. seriusly. dah macam nak demam rasa. menggigil dah. tahan jela. lebey kurang pukul 2pm, balik umah balik... sekejap je kan? =) kalo tau buat last week pon xpe... (-_-")


dalam perjalanan pulang, pukul 2pm, cuaca sungguh sangat panas... sekarang ni kan memang musim panas. temperature dalam 35 or 36 degree Celcius kot. perghhhh.... tadi punya la kesejukan dok dalam lab, pastu tetiba panas plak. macam kena heat shock plak. berpinar je mata. tapi sebelum tu sempat lagi singgah kedai makan beli nasi bungkus. hehehe. buat bekalan... :P konon2 sampai je bilik nanti nak terus makan, tapi, tidak. terus terbungkang atas katil. dapat la melelapkan mata setengah jam. then, lepas semayang zohor baru la makan nasi bungkus tadi. tu pon tak habes. makan lauk je. tak berselera. masa beli tadi nampak sedap je. haihh.. rugi2... so selepas menjamu selera, aku pon tido. sedar2 je jam dah pukul 6. ingatkan bila dah tido ni kepala dah ok sikit. tapi jadi makin berdenyut-denyut. adoyaiiiii... makin menjadi2 plak...


last2 dalam pukul 9.30pm aku dah terbaring atas katil. sakit giler kepala kot. tapi masih nak berlagak kebal. tak mau makan ubat. tapi bila dah terbaring atas katil bukan nya leh tido pon. biasala, badan tak selesa. panas-sejuk. dok dalam bilik pon sorang2. takde sapa nak marah2 suh makan ubat. apa lagi, tergolek sana, tergolek sini, pusing sana, pusing sini. still takleh tido gak. badan dah menggigil2. terpaksalah makan jugak ubat. haihhhh... time tu dah pukul 11 lebey kot. lepas dah makan ubat baru la bley tido dengan aman....


tapi tidak la seaman mana pon. kejap2 terjaga. kejap tido atas katil. kejap tido atas lantai. pastu naik tido atas katil balik. sangat tak selesa. pastu sedar2 je dah pukul 11.30am. itupon sebab ezzah call. perghhh...terkejut beruk. sebenarnya dah janji ngan ezzah nak gi BJ. join skali dengan bebudak NAP. tapi sebab aku pon tak sehat, tak dapat la nak join. wuwuwuwu...


apa2 pon, today i feel so much better... ^_^ dah sehat dahhhh... hehehe... okla, cukup untuk entry kali ni. jumpa lagiiiiiiiiii~~~


p/s: esok kena datang lab seawal 7am. huwaaaaaa!!

5 Colonies Tumbuh:

akhis said...

~sian awak sakit kepala

haniey said...

akhis:
sekarang dah OK ;)

Ashraf Yusof said...

apsal la panas sangat kat tmpat ko? ko katne ni? mesti kat sbelah utara kan? (soklan polis).

kat kl hujan jer..awan hitam kepul-kepul dan tebal-tebal. pastu pancutkan air hujan.

p/s: dah tak nak singgah ke blog aku lagi ker?

haniey said...

ashraf yusof:
wahhh..ko memang bijak! aku ade kat utara. penang to be exact.. =)


ceh... kat kl harap je hujan. tapi kalo yang turun tu hujan asid nak wat pe kan? lalalala~ :p

P/S: sorry weh. aku takde masa. nanti aku jenguk2 ek.. =)

Ah Fatt said...

heavennya seminggu ko
relak jer ek
last2 demam saja jeles sama keseronokan ko. haha

 
Blog Template by yummylolly.com