Wednesday, March 24, 2010

takde mood = malas

assalamualaikum semua! :)


dah lama kan aku tak update? erm... kan aku dah bagitau. kalo time aku free, memang aku malas nak update. bila time bz, kerja mencurah2, dateline dah dekat, haaa... time tu memang baru sebok nak update. ade je mende nak mengarut kat blog ni kan. biasa la haniey tu.... (-_-")


entah kenapa, lately aku rasa sangat malas. mungkin sebab tak berapa stress, jadi aku takde semangat nak wat kerja. memang kemalasan tahap dewa! tambah2 nak wat kerja lab. jangan harap la. actually last monday aku dah amik 1 hari cuti. tak amik cuti pon. ponteng je. hihihi... kenapa aku ponteng? errr... ade la. tak berapa sehat kot.. *tetiba rasa nak terbatuk* nasib baik takde banyak kerja. so, boleh la melepak kat umah dengan senang hati.. ^___^


pagi tadi aku dah datang lab. nak kata dengan penuh semangat, tak jugak. sebab aku tengah mengantuk kesan makan ubat semalam, so, rasa drowsy je. takde perasaan. anyway semalam dah pesan kat hadi suh prepare culture untuk buat "transformation" hari ni. dengan harapan by the time aku datang pagi tadi boleh terus la proceed. tak yah tunggu sehari lagi nak start. aku pon dah siap2 pakai gloves, prepare barang sume, tengok2 culture backteria aku TAK GROW!!!! huwaaaa.... stress nye! >_<


jenuh la dok pikir. nape engkau tak nak grow wahai encik e.coli? kenapakah? kenapakah? takkan ko nak tunggu aku yang culture baru kau nak grow ni??? T_T ingatkan stock bakteria tu dah mati, rupa-rupanya............. baru aku tau yang cik hadi ada letak antibiotik dalam culture tu. jadi beliau tidak boleh grow. antibiotik ni kira macam racun membunuh jugak la. meh nak explain sikit. kalau kita letak antibiotik ni dalam culture, bakteria ni boleh mati. tapi kalo bakteria tu ada kerintangan terhadap antibiotik yang spesifik, maka beliau boleh la survive dan grow dengan riangnya... tujuan kita letak antibiotik sebab nak bagi dia selective. means that certain bacteria yang berjaya grow tu la bacteria yang kita nak. tidak contaminate dengan bakteria2 lain. tetapi culture bakteria aku ni tidak mempunya kerintangan terhadap apa2 antibiotik, maka jika diletakkan antibiotik, maka bersemadilah ia dengan aman di dalam culture itu.... T_T hopefully korang leh la paham aku explain pasal hikayat bakteria aku ni. huhuhu...


kesimpulannya, kerja aku tak jadi arini. takpe2, aku tak salah kan hadi. ko relax je ok. aku tak marah. seriously aku tak marah. sebab aku pon memang not in a good mood nak wat kerja arini. so, i spent my day with reading novel and downloading movies je.. hohohoho.


esok nak start balik projek. kena harus bersemangat! aja-aja fighting!!!!
*\(^___^)/*




p/s: haishhhh... dah lama tak gi meronggeng ni... rindu2! nak ajak bebudak ni keluar, masing2 tengah sebok dengan tesis plak... (-_-")

5 Colonies Tumbuh:

akhis said...

~ooo cmtu ke cte nye

haniey said...

akhis:
hehehe...
camtu la...
:P

Anonymous said...

jom meronggeng...
teluk tmpoyak... :-)

n a r d indie winkie said...

haniey comel. lawa seh page. i like!

haniey said...

anonymous:
i noe who u are...
so, tak mahu!!!
>_<


nard:
haniey comel.
tak yah sambung ayat seterusnya.
hahaha
btw, thankssss :D

 
Blog Template by yummylolly.com