Thursday, April 1, 2010

hari ini dalam sejarah

iye. memang bersejarah. setelah hampir 4 tahun aku berada di USM terchenta ini, baru hari ini berjaya menjejakkan kaki di Muzium USM atau lebih dikenali sebagai Muzium & Galeri Tuanku Fauziah. wah, USM ada muzium? hebatnya!!! baru hari ni tau yang USM ada muzium. lalalalala... tak lah! tipu je. sebenarnya dah lama tahu. cuma sebelum ni dapat tengok dari luar je. tak berani nak masuk. hihihi :P


so, tadi dengan penuh semangatnya berazam nak pergi ke muzium USM. aku, fikah, zaf, faisal and chee wah. sanggup tu ponteng waktu lab pergi melawat muzium. hahaha. tapi memang tengah takde kerja pon waktu tu. so, no hal la.. :)


perasaan pertama masuk ke muzium? impressive!! hahaha.. aku memang dah lama tak masuk muzium. dah lupa perasaan tu. over je! padahal nak masuk muzium je pon.. :P rasanya time tu, kitorang 5 orang je kot pelawat time tu. kire conquer abes la muzium tu. bising sebab teruja. hehe.


oklah, nak cite sket ape yang menarik ada kat Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM ni.. muzium ni ada 2 tingkat. ada banyak bahagian. macam2 benda la yang ada dipamerkan. cuma aku tak ingat plak nama2 bahagian tu. just tengok barang-barang je. malas nak baca history etc. hehehe. tapi bagi aku, yang paling menarik bila masuk kat bahagian arkeologi kot. ada replika Perak Man. tau apa itu Perak Man? Perak Man ialah rangka manusia yang tertua di jumpai di Malaysia. sila google untuk mengetahui lebih lanjut. :P pastu apa lagi yang best ek? yup! aku suka bahagian space. cam menarik gak ah. ade game ape tah atas tu. yang penting kitorang seronok wat test tu, test ini. semua pon nak test. pastu masuk dalam auditorium, ingat kan nak tengok movie pasal space ke apa. dah buat macam umah sendiri. rupa2 nya dia tunjuk trailer je. ceh! tapi memang cool ah. teruja sebab tempat tu macam glow in the dark je. hihihi. lepas dah puas main2 kat situ, kitorang gi pulak main interactive video game. game camne tah. sebab takde orang dalam muzium tu, so kitorang main je lompat2 bising2. nasib baik tak kena halau. lastly, before kitorang balik, sempat la kitorang membuang masa dengan aktiviti mewarna. kat situ ada disediakan tempat untuk melukis and mewarna. so ape lagi. dah lama tak buat kerja2 camni. seronok betol. lepas abes "kaler", kena tulis nama and umur. tengok2 sume kertas2 mewarna and lukisan kat situ bebudak yang umur 12 tahun ke bawah je. takde lak yang umor 20 tahun ke atas. hahaha. sebab malu nak tulis so letak umor 15 tahun je.. :P


so... apa yang aku dapat hari ni? ye, aku dapat pening kepala. rasa macam nak muntah je. hahaha. memang tak membina langsung! tapi betol la. maybe sebab banyak main, jalan sana-sini and lampu yang kejap terang kejap gelap. pening kepala aku. huhuhu... anyway, banyak gak input yang aku dapat. itu tak dapat dinafikan la kan... :) memang 1 perasaan yang seronok. rasa mahu pergi lagi.. ^_^

0 Colonies Tumbuh:

 
Blog Template by yummylolly.com