Monday, April 19, 2010

meronggeng 13 jam tanpa henti

assalamualaikum...

wah, memang dah lama giler tak update ini blog. orang pon dah tak sudi nak melawat. macam blog terbiar je blog aku ni. haish.. nak buat macam mana kan. tuan umah nye sendiri dah malas nak update. harini pon sebenarnya malas gak nak update. tapi sebab dah lama tak update, saje-saje la nak update. rindu pulak kat korang semua... :D


hmm.. lately aku banyak masalah. memang banyak. tapi tak payah la aku nak elaborate satu persatu. apa yang dah lepas tu biarkan jela. yang mana belom, let's hope for a better tomorrow.. :)


yeahhh... semalam sangat hepi! meronggeng bersama yat! weeehhuuu... semalam yat ajak kuar. pukul 11.30 pagi. memula plan nak gi tengok wayang kat queensbay. tapi tak tahu cite ape yang best. bila dah survey, rasa cam nak tengok plak cite hantu thai. haunted room. nampak macam seram je. tapi pukul 4.05 pm baru start. adoiii.. punya la lama nak tunggu. sekarang baru pukul 12.30pm. so, kitorang pon menghabeskan masa jela jalan-jalan di queensbay ni. makan-makan. borak-borak. gosip-gosip. teman yat shopping. aku memang tak shopping apa-apa pon. duet takde :( takpe lah, tengok orang shopping jela. baru la aku tau si makcik yat ni kaki shopping. nasib baik tak critical sangat. on the way nak ke Boarders, memang macam-macam dugaan la nak sampai ke sana. kedai yang ada SALE semua nak masuk. hahaha. nasib aku takde dwet. kalo tak, aku pon join menyopping sama. hihihihi. kitorang memang takde hala tuju. dok lepak kat dalam Boarders sampai bosan sementara tunggu wayang. adeh...


hmm... dah tengok citer Haunted Room tu. takdela best mana pon. boleh bagi 3 bintang je kot. ada la gak scene yang nak 'luruh' jantung, tapi storyline dia tak paham sangat.. (ke aku yang lembap nak paham? huhu) biasa-biasa jela.... :( habes tengok wayang dalam pukul 6. then gi semayang asar and cepat-cepat amik bas ke BJ plak! weeeehuuuuuu~


kat BJ plan nak main boling. ajak cik raz join skali. so after maghrib baru dia datang. sambil tu kitorang gi la makan-makan and jalan-jalan membuang masa tanpa hala tuju. nak menyopping memang tak payah cakap la. fulus takde. keluar harini pon nasib baik 'sugar-mummy' support aku. hehehe... kitorang masing2 main 2 game setiap orang. aku pon baru gak la main boling dengan bebudak FYP aritu. so, skill masih lagi mantap. hahaha. cik raz and yat.... boleh la kot bagi orang-orang yang dah lama tak pegang  bola boling... :P


then after memboling, kitorang pegi mengkarok pulak. ingat nak amik ikot hour, tapi full la pulak. ceis. so, terpaksa nyanyi ikot lagu. anyway, first time gi karok ngan cik raz ni. macam malu pulak. dah la suara aku tak sedap. hahaha. tapi takpe lah, belasah je. bukan nye aku nak gi audition AF ke hape kan. hihihi. memang melalak sakan la. amik lagu semua nak yang high-pitch je.. tapi puas ah nyanyi. walaupon pitching semua ke laut. hahaha...


habes mengkarok, cik raz cakap nak pergi makan pulak. kelaparan dah. tapi time tu dah nearly pukul 11. ape lagi, gi makan kat kedai nasi kandar memang best ah. cik raz bawak kitorang gi makan kat dengan masjid kapitan keling. NASI KANDAR BERATUR. perghhh... memang beratur la nak beli makanan. tak pernah putus dengan orang. sedap kot. aku amik lauk telur sotong dengan kuah campur je pon dah sedap. silap mintak nasik separuh... T_T tapi kalo makan kat restoran tu, pukul 10 pm ke atas baru best. original recipe. kalo waktu2 lain, orang lain yang masak. so maybe tak berapa nak ori sangat. korang try la gi makan kat sana. sedap wooooooo... :D


malam tu cik raz hantar balik rumah. sampai bilik pukul 12.30... pergh. complete 13 jam. sampai je terus semayang isyak and tido. nak mandi pon malas. pospon esok je. hahaha. ohye, sebelum balik tadi, tetiba cik raz ada bukak 1 story ni. omaigod..! aku memang sangat terkejut dengar apa yang dia cite tu. sangat-sangat tak percaya. tapi memang hakikat pon. one of my junior, got cancer. dang! sebelum ni tak tahu pon. nampak budak tu sangat sehat je. tak tahu bila dia sakit. bak kata cik raz, bulan 3 aritu dia dah masuk hospital. banyak gak dah buat operation. i'm not sure what type of cancer. by the way, just a few days ago, someone told her that, the girl is in the 'last stage'. memang effect cancer cepat. omaigod. sangat sedih. aku memang tak berapa rapat dengan dia. tapi kitorang penah involve in projek Jepun together. budak ni memang sangat baik dan rajen. seriously. even dia sakit, dia still study kat hospital. but then, she has to drop all the subjects. so sekarang ni, dia still in chemo treatment. hopefully she's strong. guys, please pray for this girl. please and please....




p/s: get well soon dear.... i'm praying for you......

3 Colonies Tumbuh:

hBz said...

manusia ke ape ni? haha

GhOsToNe said...

moga diew smbuh cepat!

haniey said...

hBz:
of course la manusia!
pelik sgt ke?
hahahaha


ghostone:
amin!
amin!
amin!

 
Blog Template by yummylolly.com