Friday, July 16, 2010

dunia ini tak adil!

"Because you had a bad day,
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around..."


hmmm.. semalam sangat happy sampai rasa nak terkinja-kinja. harini dah rasa sangat down pulak.. haishhhh~


pagi tadi ada meeting untuk bebudak USM fellowship holders. setiap student kena in charge lecture or lab. ok, this is my first time. aku memang tak suka mengajar. tapi terpaksa kot, sebab dah dapat fellowship ni kan. haishhhh. pastu plak diorang akan assign kat kita any subject yang diorang rasa sesuai dengan course kita. contoh, aku budak biotech. maka, sepatutnya aku akan mengajar subject2 yang related to biotech la. tapiiiiiiiii......!!!!! since sekarang ni fellowship holder sangat ramai plus bukan aku sorang je budak biotech, maka kena bersaing nak dapat 'favourite' subject tu.


erm, aku bajet nak amik subject "Genetic Engineering". first, sebab ni kelas 'papa' (my supervisor). so, macam senang la kalau nak prepare apa2. second, sebab dulu aku penah belajar subject ni. so, senang la sebab aku dah ada sket basic2 nye. third, sebab aku leh score untuk subject ni dulu. hohoho. leh kata, sesuai dengan jiwa aku la...


tapi....!!!!! orang cakap, tak semestinya apa yang kita nak tu, kita akan dapat kan. camtu la nasib aku. my favourite subject tu, dapat kat orang lain. bukan orang lain, one of my labmates jugak. tsk. terguris rasa. ok, takpelah. mungkin 'papa' randomly je pilih antara we all 4 orang ni. dia nak pakai 2 orang je. tak termasuk aku and hadi. fine. okay2. think positive. try pilih subject lain lagi yang ada.


subject2 lain nampak macam tak best. tak sesuai dengan jiwa aku. urghhh~ camne nih. dah mula rasa cuak. sebab orang lain sume dah dapat pilih subject diorang. ada la tinggal lagi beberapa orang yang tak dapat. lepas tu, encik tu cakap dia akan go through semula each subject tu. kalau ada tempat lagi, nanti dia boleh tambahkan student lagi. aku and hadi pon bersedia. dok bincang nak pilih subject2 yang agak sebati dengan jiwa. tapi, setiap subject yang kitorang dah stand-by nak meng'offer' diri, boleh plak ada ada orang yang potong line. encik tu dah cakap suruh duduk dulu, nanti dia akan go through one by one. ni belom sampai subject tu lagi, dah pegi kat encik tu bagitau subject yang diorang nak. weiiiii!!! ape ni kawan? sabar la. lu ingat lu sorang je nak subject tu? dah encik tu suruh tunggu, yang lu sebok2 jugak kat depan tu ape kes???? memang aku hangin betol la time tu. nama je budak U, tapi tak reti nak dengar cakap. suka ikot kepala sendiri. yang penting, dia dapat apa yang dia nak. tak kesah dah orang lain. aiii... ni yang tetiba rasa nak jadi racist ni. lu suruh orang respek kat lu, but at the same time, lu tak respek orang lain. camni ke cara nak suruh orang respek kat lu? sorry la kawan! aku dah rasa makin menyampah dengan 'orang2' camni. BIADAP!


last2 end up aku kena mengajar subject MYCOLOGY. actually aku penah amik subject ni jugak during my 2nd year undergraduate. tapi sebab subject ni study more on kulat2, maka aku tak berapa berminat. if tak salah, aku score B je kot untuk paper ni. muahahaha~ tapi takpe lah. aku terima je seadanya. better mengajar subject MYCOLOGY ni daripada dapat subject BIOSTATISTIC. phew~ subject tu lagi jiwa kacau. aku dapat C+ kot dulu. muahahahahaha~ eh eh. macam bangga pulak dapat C+ kan. haishhhh~ takpe lah. lupakan je. mungkin ada hikmah lain kan. yoshhh!


haaa... pastu petang tadi kena brainwashed + brainstorm + troubleshoot project dengan seniors. wuwuwuwu~ selepas hampir sejam berdiskusi, rupa2 nya memang banyak masalah project aku before this. patot la asyik tak dapat result. haishhh... so, conclusion nya, HARUS repeat semula. start all over again. T___T it's okay la kan. nasib baik sedar sekarang. kalau tak, setahun pon tak siap2 lagi projek aku tu kot. adeh, esok sangat la banyak kerja yang perlu di buat. 8 sample plasmid nak kena extract + transformation. uwaaaaa~ banyak nye kerja.... takpe2, kena kuat. buat kerja banyak2, cepat dapat result. cepat siap. cepat publish paper. cepat buat thesis. cepat viva. cepat grad. ameeeeeeeen~


ayuh, berusaha!!! ^_____^




p/s: Sesungguhnya Allah itu Maha Adil...

0 Colonies Tumbuh:

 
Blog Template by yummylolly.com