Monday, July 12, 2010

kecik ati.

okay, tema kita untuk arini ialah 'kecik ati'.


warghhhh... arini asyik nak kecik ati je. dengan semua orang. dengan semua benda. dengan semuanya. huk huk huk. sampai ati~


memula datang lab dengan penuh harapan, nak menemui encik e.coli yang tersayang. semalam dah bermesra-mesra, beri sepenuh kasih sayang dengan harapan arini beliau akan grow dengan jayanya. tahniah. beliau memang grow. tapi itu bukan aku nak! kenapa perlu beliau grow skali dekat negative control plate..?? arghhhhh~ nak merajok dengan encik e.coli ah camni. kecik ati dah. kecewa~~~


pastu time lunch petang tadi, nak gi amik duet kat mesin atm desa bakti. kebetulan pulak time tu ada orang masukkan duet. bukan mesin cash deposit tu. tapi orang bank yang datang masukkan stok duet2 dalam atm machine tu. haishhh..tatau la nak explain camne. paham2 sindri la ek. haa.. sambung cite balik. boleh pakai 1 mesin je. jadinya ramai la orang tunggu turn. pastu ade la pulak sorang mamat ni potong turn. dah la datang lambat. sesuka hati je. dekat 15 minit aku tunggu baru dapat turn. itu pon kena tunggu lagi sebab sorang budak depan aku ni entah bape kali try kuarkan duet tak dapat2. memang bikin gua panas je. grrrr... grrrr....


pastu kan. petang tadi kat lab, kecik ati jugak dengan seseorang. sebab blog ni mungkin di baca oleh 'silent reader' bebudak lab aku, maka tak payah la mention nama orang itu. just nak bagitau yang aku telah kecik ati dengan beliau. uwaaaa... yela, sapa la aku ni kan. baru setahun jagung je dalam lab tu. nak compare dengan 'budak' itu yang dah lagi lama dok dalam lab tu... aku ni experience pon tak banyak. jadi, mungkin tak membantu langsung. yela2, tape la. makan ati sorang2 je. kecik ati tau~ T___T


pastu tadi baca status ym seseorang. ok, lagi kecik ati. haish~ f.r.u.s.t (-_-")


ok, ni nak lari topik sket. *serious mode*

esok. adalah harinya. aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang. marah? sedih? simpati? kecewa? nervous? yup. semua ada. tapi orang kata, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. kalau aku kat tempat tu, mungkin aku tak mampu nak hadapinya. tapi aku tahu, beliau kuat. aku selalu berpegang teguh prinsip ni. "Allah takkan bagi ujian pada hamba-Nya yang tak mampu". so, aku percaya. beliau mampu hadapi semua ujian ini. dun worry! "setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmah-Nya". walaupon tak dapat keadilan di dunia, insyaallah di akhirat nanti, segalanya akan terungkai. ALLAH MAHA ADIL!


betol ke setiap ujian dari Allah ni, dapat menghapuskan dosa-dosa seseorang?

"Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahan. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (no: 2322)"


insyaallah. let's hope for the best, preparing for the worst. ameen.


erm.... dah tatau nak tulis ape lagi. entry asyik nak kecik ati je kan. biasa la, orang cakap, bila dah makin berumur ni, hati cepat terasa. wah, dah tua ke? ok. jangan jawab. nanti aku kecik ati lagi.. >_<




p/s: all the best. we will always be your best supporter no matter what. be strong!

2 Colonies Tumbuh:

Lelaki Ini said...

besh2!
thanx!

Hani Kila said...

lelaki ini:
apa yang besh nye? huhuhu
you are most welcome :D

 
Blog Template by yummylolly.com