Friday, July 9, 2010

sudah berpindah!

selamat tinggal bali-bali!!!~


seperti yang korang tau, before this, aku stay kat bali-bali. bukan BALI ok. tapi bali-bali je. sebab nama kedai tu bali-bali, sebab tu panggil camtu. hehe. oh, itu bukan isi yang aku cuba sampaikan. apa yang aku nak bagitau, selepas setahun, aku dah tak dok kat bali-bali dah. sob! sob! sedih je rasa nak tinggal bali-bali ni. memang banyak sangat kenangan, pengalaman dan peristiwa penting berlaku kat umah ni. ini la rumah sewa pertama aku selepas aku grad. first time nak belajar hidup sendiri. mula-mula tu memang "sakit" jugak la. lama-lama, rasa OK je. cuma ada "something" yang sampai sekarang aku tak boleh terima lagi. grrrr... satu je aku nak cakap, "hidup 'kau' takkan berkat sebab buat orang camtu!". dah la buat salah, pastu buat macam tak berdosa je. memang hampeh. buat masa sekarang memang aku tak bley nak maafkan dia. serious. memang macam-macam masalah dia bawak kat dalam umah tu. especially kat aku. tapi, mana la tau, satu hari nanti ada gak kemaafan untuk dia, baru aku leh maafkan. sekarang ni, SORRY! aku takkan maafkan kau!!! menyesal kot dapat housemate macam kau! jangan bagi aku jumpa kau lagi! grrr... grrrr... >_<

ok, lupakan peristiwa buruk itu. bila ingat rasa sakit hati je. tapi tak semuanya pasal umah tu buruk. sebenarnya bali-bali sangat best. sangat strategik. dah la dekat dengan USM, harga pon reasonable, fully-furnished, ada astro, tv 32", dekat dengan tesco, dekat dengan kedai2 fast food, mini market, nak tunggu bas pon senang. leh kata, strategik lah! tapi tula, ada sket masalah dalaman, dah rasa tak syok nak dok kat umah sewa. so, decide pasni nak stay kat dalam hostel je. tak yah pikir banyak2. tup2. dapat stay kat desasiswa aman damai. alhamdulillah... :D


dan yang membuatkan lagi best, dapat new roomate.. SITI JUHANA! :D dia ni, kire "geng" jugak la masa undergrad dlu. kebetulan pulak dapat sebilik. memang seronokkkkk sangat! :D oh, lagi satu. one of my closest fren, ZUE pon dapat stay kat aman damai jugak. dan dia stay kat depan bilik aku je. hehehe.. bagus2.. nasib baik ade gak geng2 yang aku kenal kat sini. pastu kat desa aman ni takde la jauh sangat dengan school aku. boleh la penat mencungap2 dalam 5 -10min camtu je. so far, agak bahagia stay kat sini. hopefully, everything will be fine until the end of my study..


hm... lagi ape ek? oh about my project? i'm still struggling with it. asyik tak dapat je. urghhhh~ entah bila la nak berjaya men"transform" nih. haishhh~ memang nak kena tau encik e.coli nih! biasa dia!! >_<


oke la. dah tatau nak membebel ape. lately sume entry2 ni agak membosan kan je kan. sorry la. my bad! haishhhhh~ tape la. tunggu entry seterusnya k... daaaaaa~


assalamualaikum! ^^

0 Colonies Tumbuh:

 
Blog Template by yummylolly.com