ok, kembali ke acara pantun ni. semalam ialah acara final pantun, antara desasiswa SAUJANA dan desasiswa bakti permai. walaupon sekarang aku adalah warga PETAS (pelajar tanpa asrama) dan EX-SAUJANARIAN, tapi oleh sebab semangat kedesaan masih sangat tinggi dan menebal dalam diri, maka aku pon pegi la men"support" desa ku tercinta.. go SAUJANA go!!!!
overall, pertandingan malam tu best! bukan nye pertandingan cikai2 je... judges pon diimport daripada Dewan Bahasa & Pustaka. nak tau ape yang menjadikan pertandingan ini lagi best?? well, pengerusi pertandingan pantu malam tu la.... beliau merupakan ex-student USM juga... siapakah beliau??? jeng3.......
ahmad fetri yahya!!!
haaa.... kalo sapa tak kenal beliau ni, tak tahu la... one of the famous malaysian host. ala, yang jadi host untuk Malaysia Hari Ini kat tv3... tak kenal jugak? hurmmm... lantak korang la... *give up* malam tu dapat melihat beliau secara live. sangat comel. dan suaranya sungguh macho!! auwwwww.... fetri yahya sangat klakar ok... beliau memang pandai menghandle majlis2 camni. sesuka hati je beliau bagi gelaran nama2 pemantun tu jadi nama pokok dan tumbuh-tumbuhan. group saujana diwakili oleh bidara, pegaga dan rambai. manakala group bakti permai diwakili oleh siantan, belimbing dan cermai. penjaga masa ialah kayu manis. dan pengerusi pantun iaitu beliau sendiri ialah strawberi. amboi2... nama dia nak glemer plak. hahaha. tengok pertandingan pantun ni dah macam tengok raja lawak plak rasanya... klakar btol... memang tak bosan la... si fetri ni tak abes2 dok mengusik pemantun2 tu. dah la diorang dok pening nak pikir jawapan lagi. huhuhu...
ok. ok. skip that part. kite trus ke result pertandingan. jeng3.... *drum roll* SAUJANA lost to bakti permai. *sigh* kecewa bangat gua. pemantun terbaik ialah siantan daripada bakti permai. no wonder la kalo dia dapat pemantun terbaik sebab beliau memang mantap. tapiiiiii.... dia sorang jela yang nampak gempak pon. yang tak leh blah si belimbing tu. adoiiii... hancusss... tergagap2.. sebutan pon dengar tak dengar je... haissshhh... aku pon takde la nak kata team saujana perfect. diorang pon ade jugak terlupa pantun sindiri. tapi... at least diorang konsisten. beza markah 3 je pon... hm, takpela. malas nak diungkit lagi. keputusan hakim adalah muktamad. there's nothing we can do about it kan. so, semoga team saujana dapat improve lagi untuk masa2 akan datang...
okeh la. stop sini dlu. nanti update lagi.
salam.