Saturday, March 27, 2010

switch off the lights!

LET'S SUPPORT EARTH HOUR
:)





SAVE OUR EARTH!
^_____^

Thursday, March 25, 2010

Making Malaysia proud! making us proud too!!

assalamualaikum semua!!


mood arini = proud!! ^___^


oh by the way, have u guys read THE STAR newspaper today?
if not, please please please READ ya. just CLICK here.


From what u've just read from the article, yes! i'm sooooo proud of Tan Yifen. seriously! congrates labmate! ;)
She has won the international fellowship of the L’Oreal-Unesco Awards for Women in Science 2010. And she is the fourth Malaysia student to be granted this international fellowship. wow! memang Yifen the great lah! u really deserved it~


Eh! aku plak yang over kan. macam aku pulak je yang dapat fellowship tu. hehehe. tapi nak wat macam ne. bangga beb! labmate kot... tetiap ari jumpa. balik-balik muka yang sama je ada kat lab. 24/7 kat lab. aku takde la sampai tahap macam tu lagi. sooner or later, maybe kot. even aku baru je kat lab tu, tapi aku tau, semua orang dalam lab tu work hard nak siapkan project masing2. i know how they struggling with all the difficulties. stress wooo! all i can say is, i'm proud and respect to ALL of them. lastly, to cut it short, what makes me proud of Yifen --> we got the same supervisor, we worked in the same lab, we worked on the same bench, we used the same equipments, we shared almost everything in the lab. coz we are ONE family! The Lab 414 family~ now, i'm glad to say that, i'm really proud to be a part of Lab 414 family! ^__^ congrates again to Yifen and all the best to other lab 414 members!

Lab 414 family



p/s: can i be just like her? @_@

Wednesday, March 24, 2010

moody-moody

aku tak tahu kenapa arini aku rasa moody sangat. tapi takde la sampai aku nak marah-marah or hentak2 barang. ape orang kata? bebal? haa.... takde la macam tu. aku just rasa emo sorang2. macam sedey je. padahal bukan nya ada apa-apa. tengah hari tadi semua lab members aku lunch sama-sama. kat lab just ada 2-3 orang je. termasuk aku. entah kenapa, takde mood pulak nak join diorang. niat di hati memang terkinja-kinja nak pergi, tapi, betol2 tak de mood ah. lagipon nasib baik aku ada alasan. memang tengah ada kerja nak buat. takleh tinggal lama2. takde la aku rasa bersalah sangat tak dapat join diorang semua. and something yang membuatkan aku tak nak join sebab............. *sigh* takpelah, biar jadi rahsia hati tak siapa yang tahu. ecececeh... oklah, taknak melalut panjang2. kang tak siap kerja pulak. got to go! assalamualaikum~





p/s: terasa mahu meronggeng sepuas-puasnya! >_<

takde mood = malas

assalamualaikum semua! :)


dah lama kan aku tak update? erm... kan aku dah bagitau. kalo time aku free, memang aku malas nak update. bila time bz, kerja mencurah2, dateline dah dekat, haaa... time tu memang baru sebok nak update. ade je mende nak mengarut kat blog ni kan. biasa la haniey tu.... (-_-")


entah kenapa, lately aku rasa sangat malas. mungkin sebab tak berapa stress, jadi aku takde semangat nak wat kerja. memang kemalasan tahap dewa! tambah2 nak wat kerja lab. jangan harap la. actually last monday aku dah amik 1 hari cuti. tak amik cuti pon. ponteng je. hihihi... kenapa aku ponteng? errr... ade la. tak berapa sehat kot.. *tetiba rasa nak terbatuk* nasib baik takde banyak kerja. so, boleh la melepak kat umah dengan senang hati.. ^___^


pagi tadi aku dah datang lab. nak kata dengan penuh semangat, tak jugak. sebab aku tengah mengantuk kesan makan ubat semalam, so, rasa drowsy je. takde perasaan. anyway semalam dah pesan kat hadi suh prepare culture untuk buat "transformation" hari ni. dengan harapan by the time aku datang pagi tadi boleh terus la proceed. tak yah tunggu sehari lagi nak start. aku pon dah siap2 pakai gloves, prepare barang sume, tengok2 culture backteria aku TAK GROW!!!! huwaaaa.... stress nye! >_<


jenuh la dok pikir. nape engkau tak nak grow wahai encik e.coli? kenapakah? kenapakah? takkan ko nak tunggu aku yang culture baru kau nak grow ni??? T_T ingatkan stock bakteria tu dah mati, rupa-rupanya............. baru aku tau yang cik hadi ada letak antibiotik dalam culture tu. jadi beliau tidak boleh grow. antibiotik ni kira macam racun membunuh jugak la. meh nak explain sikit. kalau kita letak antibiotik ni dalam culture, bakteria ni boleh mati. tapi kalo bakteria tu ada kerintangan terhadap antibiotik yang spesifik, maka beliau boleh la survive dan grow dengan riangnya... tujuan kita letak antibiotik sebab nak bagi dia selective. means that certain bacteria yang berjaya grow tu la bacteria yang kita nak. tidak contaminate dengan bakteria2 lain. tetapi culture bakteria aku ni tidak mempunya kerintangan terhadap apa2 antibiotik, maka jika diletakkan antibiotik, maka bersemadilah ia dengan aman di dalam culture itu.... T_T hopefully korang leh la paham aku explain pasal hikayat bakteria aku ni. huhuhu...


kesimpulannya, kerja aku tak jadi arini. takpe2, aku tak salah kan hadi. ko relax je ok. aku tak marah. seriously aku tak marah. sebab aku pon memang not in a good mood nak wat kerja arini. so, i spent my day with reading novel and downloading movies je.. hohohoho.


esok nak start balik projek. kena harus bersemangat! aja-aja fighting!!!!
*\(^___^)/*




p/s: haishhhh... dah lama tak gi meronggeng ni... rindu2! nak ajak bebudak ni keluar, masing2 tengah sebok dengan tesis plak... (-_-")

Wednesday, March 17, 2010

uuuuyeeaaahhh~

assalamualaikum semua :)


hai...bertemu kembali kita di blog di awan biru ini... ^___^ apa khabar sume? sehat? alhamdulilah... baguslah.. errr.. tak tahu nak cakap pe lagi. straight to the point k? =)


hari ni adalah sangat gembira!!!! can't wait for this day!! weeehuuuu~~ mari kita menyanyi beramai-ramai... "kalau ada gembira tepuk tangan! huyeeahhh!!" yeyyy.... happy! happy! eh eh. kejap. apahal la yang happy sangat ni? over betol. tahu tak??? (-_-")


erm... apesal aku happy ek? sebab........ tadi dah selamat present journal! lalalala~ happy kot beb!! before this, sangat la cuak nye menunggu turn nak present. padahal nak kena present journal je.. (-_-") tapi tak kesah la. aku ni memang ada sindrom nervous nak present depan orang ramai. so, tadi dah abes present, rasa 'ku bahagia' sesangat. phewwww~ alhamdulilah, presentation berjalan lancar. nasib baik dalam sesi soal jawab pon, boleh "jawab" gak. and nasib baik orang yang suka banyak tanya tu, dia tak datang tadi. muahaha.. tapi tak boleh nak cakap gak. ini baru sekali present. lepas ni ada 3 more presentations to go.. (-_-") hopefully, everything's fine. chaiyok2! ^_^


ape lagi yang buat aku happy? sebab aku dah present kat my boss aritu. so, agak kelegaan di situ. tak payah nak pening-pening sangat pikir pasal presentation lagi.. and lastly, aku rasa happy sebab nak balik umah dis week!!! yeayyyy! almost 2 weeks aku tak balik tau. weekend asyik terperok dalam lab je. orang bercuti, aku pergi lab. gigih bekerja. semuanya gara2 sebab nak prepare presentation la konon...


anyway, semua presentation dah selesai, maka boleh la pulang ke kampung halaman dengan gembiranya... weeeehuuuuuu~~





p/s: rasa macam nak amik MC je next monday.. hihihi

Thursday, March 11, 2010

meronggeng bersama adik-adik...

assalamualaikum :)

sebenarnya aku baru balik daripada meronggeng. menaip entry ni dalam keadaan mata yang separuh pejam. eh, baru aku perasan. dah lama aku tak menggunakan perkataan meronggeng ni kan. ini menunjukkan aku dah lama tak keluar meronggeng. asyik dok terperuk dalam lab je. bila dah sekali keluar meronggeng, ha, kan asyik nak letak perkataan meronggeng je. bukan apa, rindu punya pasal. hehehe...


ok, straight to the point. actually aku baru balik dari meronggeng. aik? sama macam ayat kat atas je. takpe. teruskan. haa... kali ni keluar meronggeng with my adik-adik je. bebudak undergrad yang buat final year project at my lab. syafiq, farah and matt. plus, with husna. kiranya dia pon adik jugak la. sebab budak lompat.. (-_-")


aktiviti first kitorang ialah boling. weeehuuu... dah lama tak main! (padahal baru je main 2 hari lepas dengan shaza.hehehe) layan 2 game sorang. aku ni plak kononnya diorang suh jadi coach ajar diorang. macam kelakar je. sebab aku pon tak berapa nak betol. semua depends on luck je kot. huhuhu. tapi nasib baik la markah maintain. kalo tak malu aku sebagai coach. hehehe.. syafiq and husna pon mantap gak. "ada style lah!". farah macam budak baru belajar. tapi cepat pick up. not bad jugak la.. matt? baru baling beberapa kali terus dah give up sebab bola terbaling ke belakang. ooopsss... hehehehe.


selepas menjuarai kedua-dua game (yeayyy!) kitorang nak gerak gi karokssss plak. haa.. masa dalam lif boleh plak si farah ni buat kelakar. adehhh... sakit perot gelak. kitorang daripada tingkat 5 pastu nak turun sampai ke ground floor la, tapi dia tekan tingkat 1. tersilap tekan. ok, takpela. fine. pastu masa pintu lif kat tingkat 1 dah terbukak, kitorang cakap la yang kitorang nak turun sampai ground floor, tak nak turun kat tingkat 1. pastu boleh plak dia tanya, "nak tutup pintu ni ke tak?" hahahaha... adoiiii... lawak gila! kalo tak tutup pintu lif tu, macam mana la lif nak turun. ye tak? lucu betol la farah ni... muahaha... seyes sangat lawak. dah la tanya dengan muka serius... memang tak boleh blah... :))


haa.. lepas tu kitorang sampai kat karoks plak. amik untuk sejam. sempat la sorang nyanyi 3 lagu. tapi si syafiq bley dikatakan semua orang punya lagu pon dia balun nyanyi.. :P memang sangat best la. happening betol. suara pecah ke, pitching lari ke, tak ikot tempo ke, main redahhhh je. yang penting happy. menjerit and melalak sampai sakit tekak. adehh... tapi takpe. suka :))


haishhh... tetiba rasa sedey plak bila teringat bebudak ni. yela, pasni bila diorang dah abes final year project takleh ar nak lepak sesama dalam lab. entah diorang nak sambung belajar or terus balik hometown masing2. kalo tak, dah tak boleh jumpa... tak leh nak hangout sesama macam ni lagi... wuwuwu.. papepon, diorang memang junior yang best tapi sangat gila ah! aku yang senior ni pon kadang2 kena buli ngan diorang.. T_T tapi takpe, walau macam mana pun, aku still sayang diorang... :')


erm, lastly, nak bagitau yang arini aku sangat happy. actly bukan nya buat apa2 pon. just main boling and karok je. tapi itupon dah rasa happy.. maybe sebab ada faktor2 penyumbang yang lain kot. first, sebab presentation yang tak berapa nak jadi. secondly, dapat hangout dengan bebudak ni. and not forgotten, husna too.. thanks so much sayang... hopefully next time kita dapat hangout sesama lagi ye...


okla. mata dah fully terpejam ni. lantak la aku tulis apa. malas nak check balik. mahu terus tido. oyasumi nasai minna...........

Wednesday, March 10, 2010

satu sudah selesai... waiting for another one...

assalamualaikum semua :)


bertemu kembali.. woot woot.. hari ni rasa macam happy je.. kenapa? sebab dah abes presentation. weeehuuuu.. presentation yang sangat menakutkan. actually siapkan slide ni dalam masa 3 hari je kot. padahal boss dah bagi tempoh masa dekat sebulan gak. tapi biasalah kan. procrastinate is my best friend :P


alhamdulilah, selesai sudah presentation arini. phewwww~ presentation yang hanya mengambil masa tak sampai 5 minit kot. apekah? hahaha. betol la. my boss kan sempoi je. so no wonder la... :P


boss(b): jadi ke nak present arini?
me(m): haa.. jadi2...
b: ok, bley la start.
m: hadi..ko start dlu..
b: siapa2 je tak kesah...
h: assalamualaikum... today we would like... blaa.. blaa.. blaa.. salmonella typhi... blaa.. blaa.. blaa...
b: skip that part. ok next...
h: essential genes.. blaa.. blaa.. blaa.. blaa..
b: actually i have to submit something before 12... 
(boss main klik2 je slide tu. baca roughly camtu je)
b: hani, u ada yang lain punya ke?
h: nope.. dah combine sama dengan hadi...
b: owhh.. haa.. ok2.. so, how's your progress?
h: kas III blaa.. blaa.. blaa.. expression blaa.. blaa..
b: ok, i want you to send me the methods blaa.. blaa.. blaa... ok? thank you.


hahaha... see? see? aku tak present pon sebenarnya. ceisss.. penat je aku cuak. tak lena tido. sakit perot nih. punya la neves. alhamdulilah, semuanya takde pape. pheww~ sangat sangat sangat la lega....... *muka penuh kelegaan*


yeahhh... satu presentation sudah selesai.... tinggal lagi 1 presentation next week. journal club presentation. presentation yang ni jangan harap la nak abes dalam masa 5 minit. siap dengan ada Q&A session lagi. adoiii.. lagi mencuakkan... yang ni seyesly sangat takot... labmates aku sangat bersemangat nak tanya soalan... wuwuwuwuwu...


cepat la semua presentation ni selesaiiii~~~~~ mahu berjoli dengan gumbiraaaa.. >_<

Saturday, March 6, 2010

could you...?

STAY WITH ME

BE WITH ME

.....


and
 
NEVER LET ME GO

Friday, March 5, 2010

aku, BELIAU dan KAMU

encik KAMU,

first of all, saya nak mintak maaf banyak2 kat KAMU. saya tak tahu nak cakap macam mana, tapi saya rasa tindakan kita ni salah. KAMU tak sepatutnya buat saya macam ni. KAMU meletakkan saya dalam keadaan yang serba salah. saya tersepit. iya, memang kita pernah rapat dulu, sangat rapat. tapi, itu dulu. 8 tahun yang lepas. KAMU tak boleh anggap saya macam budak2 lagi. saya dah besar. sudah tahu hukum. yang mana betul, yang mana salah. walaupon kita pernah berKAWAN. perhubungan ni still kekal atas nama KAWAN. saya tak ada perasaan kat KAMU, dan KAMU juga begitu. hanya KAWAN rapat. mungkin kita tak pernah buat apa2 pon, tapi, dengan situasi dan status sekarang, saya merasakan perbuatan ini salah. kerana saya menghormati KAMU, jadi saya tak tahu nak cakap macam mana dengan KAMU. untuk tidak menghampakan dan ber'kurang ajar' dengan KAMU. saya harap KAMU sedar. saya seorang perempuan. BELIAU juga seorang perempuan. jadi, saya paham bagaimana perasaan BELIAU. KAMU tak boleh memperlakukan BELIAU sebegitu. BELIAU perempuan yang baik. tolong jangan hilangkan kepercayaan BELIAU terhadap KAMU. walau sebaik mana pon perempuan itu, tetap juga ada tahap kesabarannya. jagalah BELIAU sebaik-baiknya. kepada BELIAU, saya juga ingin meminta maaf jika ada menyinggung perasaan anda. sesungguhnya, saya tidak bermaksud begitu. saya masih menghormati anda sebagai seorang perempuan. i'm so sorry. kepada KAMU, sila sedar tanggungjawab KAMU.. apa2 pon, kita masih boleh kekal berKAWAN.. dengan batas2 seorang KAWAN. and that's it...





p/s: sejak 2 menjak 3 menjak ni, asyik emo je... haishhhh... (-_-")

mahukan beliau!

assalamualaikum semua!


hohohoho... semalam baru abes tengok drama you're beautiful. wiwiwiwiwi... punyala lama tengok, akhirnya habes jugak. orang lain tengok sehari dua je dah boleh habes. aku ni dekat 3 minggu gak kot. ceritanya memang best, cuma aku malas nak follow. sebab tu lembap macam kura2 cik f...orang lain dah lama tengok citer ni kan. aku je ketinggalan zaman baru nak tengok. ahhh.. biarlah.. aku kan pompuan kuno.. (-_-")



haaa... aku sangat suka kang shin woo!! ^__^ *peewit peewit* (cuba mengorat shin woo) actually, lebih sukakan watak beliau kerana watak beliau sungguh sangat cool. aku rasa macam nak jatuh cinta dengan beliau... muahahaha.. seriusly, suka lelaki berkarakter macam beliau. kalau la ada lelaki melayu macam ni, rasa macam nak pergi mengorat dia je sekarang. ahh.. kenapa aku terlalu obess obsess sangat ni?? ohh... rasa nak jatuh cinta ni... muahahaha... sangat over! tapi, memang betol ke ada orang yang berperwatakan macam ni? sangat cool, caring, protective, and terbaekkkk! tak tahu dah nak describe macam mane... tapi, yang aku tau, aku nak lelaki macam shin woo jugak!!oh mama, saya mahu kawen.. lalalala~ ceh, over plak!


persoalannya.... adakah orang yang seperti shin woo oppa ini???


hurm... ade ke tak? takpelah. kalau tak boleh dapat shin woo, dapat Ji Hoo sunbae pon layan jela.. aku terima nikahnya... hahaha. poyo! :P




p/s: sekarang tengah layan drama Master of Study kat channel 303. ada mamat comellll ;)

Tuesday, March 2, 2010

bila banyak kerja baru teringat nak update blog

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! ^___^


firstly, nak bagitau yang aku malas nak update blog. hahahaha. eh eh. gembira pulak. entah la. macam biasa la kan. setiap kali post entry baru, mesti takde idea. nak cerita apa pon tak tahu la. haishhh.. erm, sekarang dah masuk bulan Mac. tahun 2010. (ok, takde idea sebenarnya)


ahhh... memang tak tahu nak update apa. mungkin agak membuang masa je korang baca post kali nih. tapi takpe lah. alang2 korang dah baca separuh, baca bagi habes terus la entry ni. kan? hehehe...


sebab life aku sekarang asyik bergelumang dengan lab je, jadi aku nak update pasal kerja2 lab aku lah. tak kira. nak cerita jugak. erm, arini aku proceed projek aku. buat pasal protein expression. ni first time aku bergelumang ngan kerja2 protein nih. nasib baik labmate banyak tolong. kalo nak baca sendiri tu, bulan depan la baru leh buat. malas nak study kan. eish2.. so far, ok la kot. cuma ada silap sikit. here and there. takpelah. forgivable. first-timer kan.


suddenly, my boss datang jumpa. tanya pasal progress report and all that. pong pang pong pang aku dok gebang. padahal progress baru seciput. adehhh... ha, entry aku yang lepas kan aku ada cakap yang my boss suh aku buat presentation pasal drug apekebendanyatah tu kan. dia bagi masa sebulan je suh prepare mende ni. tapi 1 benda pon aku tak sentuh lagi. harap2 la dia tak ingat task yang dia bagi tu......................



boss(b): haa... so, camne dengan presentation tu? yang saya suh letak diagram bla.. bla.. dah siap?
me(m): err... still on-going... ada lagi sket2...
b: bila boleh present tunjuk kat saya?
m: ermmm.... aaaa....
b: u give me the date or else i will give the date. ha, faster....
m: end of this month?
b: uishh.. lama sangat tuh...
m: ok2.. another 2 weeks?
b: ermmm... (sebok check schedule) next week jela. boleh? 10hb.
m: ha? next week?
b: alaa... kalo tunggu lama2 pon, kerja macam tu jugak.. just present yang simple2 je. tak payah complicated sangat...
m: erm... okla...............
b: so, 10hb. 8 am. biar kita buat awal skit...datang awal...
*arghh....cam tau2 je aku tak suka datang awal!*
m: okeyhh....... (-_-")


sekarang aku tengah tension. sebab nye, presentation aku tak siap lagi. even 1 ayat pon aku tak karang lagi. padahal dah dekat sebulan my boss bagi task ni. adoi-adoi-yang-adoi... padan muka. tula sapa suh tangguh2 wat keja lagi kan.... ke'stress'an aku bukan takat kena buat presentation je, tapi, the following week tu plak, aku kena prepare journal presentation lagi... adoi-adoi-yang-adoi... pening betol aku dengan presentation ni...


semakin banyak kerja, jadi semakin tak tahu nak buat kerja yang mana 1. semua pon malas. jadi, bila malas nak buat kerja, aku akan update blog. jadi, kalo korang nak aku update blog ni selalu, maka, silalah bebankan aku dengan kerja2 projek yang banyak itu. aku pasti akan mengupdate blog. hahahaha...


ok, bye2. assalamualaikum.... =)
 
Blog Template by yummylolly.com