Wednesday, April 28, 2010

kalaulah keluar awal 2 minit tadi...

hey ya!


sekarang blog ini sudah ku privatekan! hohohoho.. abes tu, sapa yang nak baca nanti?? haah... betol gak kan. tapi, takpe. for the time being, i prefer to make my life "mysterious" to others. keep it private and confidential. i need some privacy. eceh... padahal nanti lambat laun nak open to public gak blog ni. huhuhu. takpe2. by that time, aku dah bersedia. there's nothing to hide anymore....


oh ya, bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya. tapi pasal tadi. iye, tadi. 28 april 2010. around 1.15pm something. petang tu, it was raining heavily. aku and zaf baru nak keluar lunch. for your info, our lab kat tingkat 4. masa sampai kat tingkat 1, suddenly terserempak dengan pakcik ni. eh eh. suka hati je panggil dia pakcik. entah2, lecturer kot. hehehe.. takpela. panggil pakcik jela. ok2, sambung balik cerita. then kami pon follow la pakcik ni turun sampai bawah. suddenly.......


i saw my HNZ! *muka teruja*  tapi nasib baik takde orang perasan my expression since i wore mask that time. hehehe. by the way, he was standing there. tengah tengok hujan. he didn't bring his umbrella. maybe waiting for someone kot. and suddenly this pakcik in front of me pelawa my HNZ.


pakcik: eh, u takde payung ke? nak pergi mana? boleh i pinjamkan payung.
my HNZ: tak pe ke? i park my car kat hujung sana. 
pakcik: it's okay. come. let's go..


diorang pon berjalan dalam hujan. share payung 2 orang. siap pegang tangan, sangat comel. just like kids! hahaha. tergelak tengok diorang pegang tangan. nasib baik diorang tak perasan. hehe. and we were walking behind them...




dalam hati asyik tak puas hati dengan pakcik tu. arghhh... kenapalah pakcik tu muncul di saat2 ini? kenapa? kenapa???? kalaulah aku keluar lab awal sikit tadi... boleh la aku yang pelawa my HNZ. pinjam kan payung kat beliau.... eh eh bukan. mungkin boleh tolong payungkan beliau ke keretanya... T_T manela tau, dia nak pegang tangan aku pulak ke??? hehehehe... over la tu kan! angau overboard! tapi tak kira, nak rasa frust jugak... >_<




ermmmm.... forget it! eh...? pulak dah.....? tadi aku jugak yang frust2 bagai. iye. coz, right now, i don't have any feelings towards him anymore. seriously. i don't know. maybe. huhu. apekah? tadi tu maybe sebab teruja nampak dia sorang-sorang, suasana hujan pulak tu. macam romantik je. hahahaha... over!! :P lately, dah rasa macam tak berperasaan je. kadang-kadang, rasa macam tak nak tengok muka dia. menyampah pon ada. hahahaha. sebab tu la kot. bagus2. tak nak suka kat dia dah. betol betol! promise! heeee ^___^




p/s: tapi kadang-kadang suka gak usyar dari jauh... lalalala~ :P

Monday, April 19, 2010

meronggeng 13 jam tanpa henti

assalamualaikum...

wah, memang dah lama giler tak update ini blog. orang pon dah tak sudi nak melawat. macam blog terbiar je blog aku ni. haish.. nak buat macam mana kan. tuan umah nye sendiri dah malas nak update. harini pon sebenarnya malas gak nak update. tapi sebab dah lama tak update, saje-saje la nak update. rindu pulak kat korang semua... :D


hmm.. lately aku banyak masalah. memang banyak. tapi tak payah la aku nak elaborate satu persatu. apa yang dah lepas tu biarkan jela. yang mana belom, let's hope for a better tomorrow.. :)


yeahhh... semalam sangat hepi! meronggeng bersama yat! weeehhuuu... semalam yat ajak kuar. pukul 11.30 pagi. memula plan nak gi tengok wayang kat queensbay. tapi tak tahu cite ape yang best. bila dah survey, rasa cam nak tengok plak cite hantu thai. haunted room. nampak macam seram je. tapi pukul 4.05 pm baru start. adoiii.. punya la lama nak tunggu. sekarang baru pukul 12.30pm. so, kitorang pon menghabeskan masa jela jalan-jalan di queensbay ni. makan-makan. borak-borak. gosip-gosip. teman yat shopping. aku memang tak shopping apa-apa pon. duet takde :( takpe lah, tengok orang shopping jela. baru la aku tau si makcik yat ni kaki shopping. nasib baik tak critical sangat. on the way nak ke Boarders, memang macam-macam dugaan la nak sampai ke sana. kedai yang ada SALE semua nak masuk. hahaha. nasib aku takde dwet. kalo tak, aku pon join menyopping sama. hihihihi. kitorang memang takde hala tuju. dok lepak kat dalam Boarders sampai bosan sementara tunggu wayang. adeh...


hmm... dah tengok citer Haunted Room tu. takdela best mana pon. boleh bagi 3 bintang je kot. ada la gak scene yang nak 'luruh' jantung, tapi storyline dia tak paham sangat.. (ke aku yang lembap nak paham? huhu) biasa-biasa jela.... :( habes tengok wayang dalam pukul 6. then gi semayang asar and cepat-cepat amik bas ke BJ plak! weeeehuuuuuu~


kat BJ plan nak main boling. ajak cik raz join skali. so after maghrib baru dia datang. sambil tu kitorang gi la makan-makan and jalan-jalan membuang masa tanpa hala tuju. nak menyopping memang tak payah cakap la. fulus takde. keluar harini pon nasib baik 'sugar-mummy' support aku. hehehe... kitorang masing2 main 2 game setiap orang. aku pon baru gak la main boling dengan bebudak FYP aritu. so, skill masih lagi mantap. hahaha. cik raz and yat.... boleh la kot bagi orang-orang yang dah lama tak pegang  bola boling... :P


then after memboling, kitorang pegi mengkarok pulak. ingat nak amik ikot hour, tapi full la pulak. ceis. so, terpaksa nyanyi ikot lagu. anyway, first time gi karok ngan cik raz ni. macam malu pulak. dah la suara aku tak sedap. hahaha. tapi takpe lah, belasah je. bukan nye aku nak gi audition AF ke hape kan. hihihi. memang melalak sakan la. amik lagu semua nak yang high-pitch je.. tapi puas ah nyanyi. walaupon pitching semua ke laut. hahaha...


habes mengkarok, cik raz cakap nak pergi makan pulak. kelaparan dah. tapi time tu dah nearly pukul 11. ape lagi, gi makan kat kedai nasi kandar memang best ah. cik raz bawak kitorang gi makan kat dengan masjid kapitan keling. NASI KANDAR BERATUR. perghhh... memang beratur la nak beli makanan. tak pernah putus dengan orang. sedap kot. aku amik lauk telur sotong dengan kuah campur je pon dah sedap. silap mintak nasik separuh... T_T tapi kalo makan kat restoran tu, pukul 10 pm ke atas baru best. original recipe. kalo waktu2 lain, orang lain yang masak. so maybe tak berapa nak ori sangat. korang try la gi makan kat sana. sedap wooooooo... :D


malam tu cik raz hantar balik rumah. sampai bilik pukul 12.30... pergh. complete 13 jam. sampai je terus semayang isyak and tido. nak mandi pon malas. pospon esok je. hahaha. ohye, sebelum balik tadi, tetiba cik raz ada bukak 1 story ni. omaigod..! aku memang sangat terkejut dengar apa yang dia cite tu. sangat-sangat tak percaya. tapi memang hakikat pon. one of my junior, got cancer. dang! sebelum ni tak tahu pon. nampak budak tu sangat sehat je. tak tahu bila dia sakit. bak kata cik raz, bulan 3 aritu dia dah masuk hospital. banyak gak dah buat operation. i'm not sure what type of cancer. by the way, just a few days ago, someone told her that, the girl is in the 'last stage'. memang effect cancer cepat. omaigod. sangat sedih. aku memang tak berapa rapat dengan dia. tapi kitorang penah involve in projek Jepun together. budak ni memang sangat baik dan rajen. seriously. even dia sakit, dia still study kat hospital. but then, she has to drop all the subjects. so sekarang ni, dia still in chemo treatment. hopefully she's strong. guys, please pray for this girl. please and please....




p/s: get well soon dear.... i'm praying for you......

Friday, April 9, 2010

scientist paling popular di Malaysia!

teka-teki:

Siapakah scientist paling popular pada tahun ini???
Jeng-jeng-jeng!!

jawapan: kelik sini


kenapa paling popular? sebab lately banyak sangat news pasal beliau dalam newspaper. so, assume paling popular lah. dah mengalahkan artis pulak.


hari ni semua warga lab 414 teruja membeli kosmo. sekali beli dalam 7 naskah terus. borong semua paper kat kedai. hahaha. sebabnya? gambar we all terpampang sekali dalam kosmo arini. hehehe. teruja!! walaupon kecik je, tapi tak kesah la. janji ada. takkan nak lawan gambar personaliti tu kan? siap jadi cover girl lagi. dengan tajuk yang mantap. TANGISAN PENYELIDIK CANTIK! perghhhhh.... rasa nak nangis baca. LOL.


anyway, congrats and thanks to yifen sebab bagi chance kat kitorang 'enterframe' sama. walaupon bukan ada story pasal kitorang pon, tapi ada la sipi-sipi terkena tempiasnya jugak. hehe. akhbar kosmo arini la yang paling bestttt! lalalalala.... ^___^

we like it! :)



p/s: takleh bangga sangat. kang jadi riak plak... eish2...

Sunday, April 4, 2010

celebrate birthday prof!

HAPPY BIRTHDAY PROF NAZALAN!
KE-52...? =)


yup... today is my prof's birthday. 3rd of April. so, all Lab 414 members decided to makan-makan together with prof. the place ----> Ilyana's Cafe @ Teluk Kumbar!


gerak dari skool pukul 8. with 3 biji kereta. not including prof's. me, fikah, chee wah and MC in one car. erm, nearly 30-40mins gak kot baru nak sampai. sebab tak ikot jalan alternatif. time ni memang dah kelaparan sangat. tengahari sempat makan maggi je. sebab simpan perut untuk malam ni. ceh..konon alasan. hehe.. sampai2 je sana prof and his family dah ada. later bebudak lain pon sampai...tapi makanan tak sampai2 lagi. lambat betol. masing2 dah kelaparan ni... >_<


setelah penat menunggu, akhirnya sampai jua... :') ada nasi putih, tomyam campur, ikan masak apa-tah, kailan ikan masin, sayur campur, lala, udang, ayam masak apa-tah, and apple juice. sampai2 je terus serbu sebab dah tak tahan lapar. malas nak amik gambar makanan. sebab dah sangat lapar siap tambah nasi lagi. dan lauk pon sangat sedap. oh ya, kitorang booking 2 meja. sebab ahli lab yang ramai. our meja semua ladies. so ingatkan tak habes la suma makanan ni. tapi tidak. memang licin habes semua. tukang perabis makanan- personaliti 414- yifen! siap amik lauk2 meja sebelah yang tak habes lagi. aku memang dah surrender. kenyang sangat2...


tetiba, diorang ni order plak mee udang. 1 bowl untuk 4 orang makan. ingatkan kecik jela. rupa-rupanya besar gak. 9 orang pon tak leh nak habeskan. maybe sebab semua dah kenyang kot. so dok main cuit sikit2 je. tak habes jugak mee tu... boleh la tahan, not bad rasa dia.. lastly before balik, we all ramai-ramai nyanyi lagu "happy birthday" to our beloved prof. sure beliau rasa terharu kan? hehehe.. semoga prof dipanjangkan umor, di murahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik and maintain awet muda sentiasa =)


then, sempat lagi dok tangkap gambar kat depan restoran tu. pose sana, pose sini. muka hepi je sebab kekenyangan... ^__^ hmmm... dah makan kat restoran mahal, kena la makan banyak2. baru la berbaloi. eh? mahal ke? each person dalam rm30.... kire mahal la tu kan... takpe2, yang penting makan sedap dan perut kenyang. boleh tido dengan senang hati... ^__^


haaa.. time balik kali ni dah ikot jalan alternatif. so, it took only 15 minutes... sebab dah kenyang, so banyak cakap plak dalam kereta. hahaha. first time kot sembang2 dengan MC. before this tak pernah sembang. cakap bila perlu je. biasalah, senior! huhu.. actually she's not that 'garang'. maybe kena ikot mood dia jugak kot. malam tadi kira ok la. boleh sembang gelak-gelak. by the way, i really had so much fun today. even just makan-makan je, tapi rasa happy. dapat kumpul ramai-ramai macam ni. even dah selalu jumpa dalam lab pon, rasa happy seeing each other. or is it just me....? hahahaha. lantak lah. janji aku happy. who cares? =)


oklah, aku dah ngantok bangat nih. ni je gambar yang aku sempat captured. gambar lain kat kamera Chek. kalo rajin nanti upload lagi. ok, bai.

excited dapat makanan =)

fikah and sya

fifi and kak kem

diva lab414 @ cover girl - Yifen!

MC and Luan

Chek - Peter - Abang Chai

Kak Kem - Kak Aini - Me - Yifen



p/s: gambar birthday boy takde... (-_-")

Thursday, April 1, 2010

hari ini dalam sejarah

iye. memang bersejarah. setelah hampir 4 tahun aku berada di USM terchenta ini, baru hari ini berjaya menjejakkan kaki di Muzium USM atau lebih dikenali sebagai Muzium & Galeri Tuanku Fauziah. wah, USM ada muzium? hebatnya!!! baru hari ni tau yang USM ada muzium. lalalalala... tak lah! tipu je. sebenarnya dah lama tahu. cuma sebelum ni dapat tengok dari luar je. tak berani nak masuk. hihihi :P


so, tadi dengan penuh semangatnya berazam nak pergi ke muzium USM. aku, fikah, zaf, faisal and chee wah. sanggup tu ponteng waktu lab pergi melawat muzium. hahaha. tapi memang tengah takde kerja pon waktu tu. so, no hal la.. :)


perasaan pertama masuk ke muzium? impressive!! hahaha.. aku memang dah lama tak masuk muzium. dah lupa perasaan tu. over je! padahal nak masuk muzium je pon.. :P rasanya time tu, kitorang 5 orang je kot pelawat time tu. kire conquer abes la muzium tu. bising sebab teruja. hehe.


oklah, nak cite sket ape yang menarik ada kat Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM ni.. muzium ni ada 2 tingkat. ada banyak bahagian. macam2 benda la yang ada dipamerkan. cuma aku tak ingat plak nama2 bahagian tu. just tengok barang-barang je. malas nak baca history etc. hehehe. tapi bagi aku, yang paling menarik bila masuk kat bahagian arkeologi kot. ada replika Perak Man. tau apa itu Perak Man? Perak Man ialah rangka manusia yang tertua di jumpai di Malaysia. sila google untuk mengetahui lebih lanjut. :P pastu apa lagi yang best ek? yup! aku suka bahagian space. cam menarik gak ah. ade game ape tah atas tu. yang penting kitorang seronok wat test tu, test ini. semua pon nak test. pastu masuk dalam auditorium, ingat kan nak tengok movie pasal space ke apa. dah buat macam umah sendiri. rupa2 nya dia tunjuk trailer je. ceh! tapi memang cool ah. teruja sebab tempat tu macam glow in the dark je. hihihi. lepas dah puas main2 kat situ, kitorang gi pulak main interactive video game. game camne tah. sebab takde orang dalam muzium tu, so kitorang main je lompat2 bising2. nasib baik tak kena halau. lastly, before kitorang balik, sempat la kitorang membuang masa dengan aktiviti mewarna. kat situ ada disediakan tempat untuk melukis and mewarna. so ape lagi. dah lama tak buat kerja2 camni. seronok betol. lepas abes "kaler", kena tulis nama and umur. tengok2 sume kertas2 mewarna and lukisan kat situ bebudak yang umur 12 tahun ke bawah je. takde lak yang umor 20 tahun ke atas. hahaha. sebab malu nak tulis so letak umor 15 tahun je.. :P


so... apa yang aku dapat hari ni? ye, aku dapat pening kepala. rasa macam nak muntah je. hahaha. memang tak membina langsung! tapi betol la. maybe sebab banyak main, jalan sana-sini and lampu yang kejap terang kejap gelap. pening kepala aku. huhuhu... anyway, banyak gak input yang aku dapat. itu tak dapat dinafikan la kan... :) memang 1 perasaan yang seronok. rasa mahu pergi lagi.. ^_^
 
Blog Template by yummylolly.com