Sunday, June 27, 2010

jom cuti!


mahu pegi bercuti

menenangkan fikiran yang kusut

GENTING HIGHLANDS....

HERE I COME!!!!





jangan rindu-rindu saya ya :)

will be back soon~


p/s: hoping for a better tomorrow...

Saturday, June 26, 2010

kecewa kah?


"You never know what you have until you lose it,
and once you lose it, you can never get it back..."




It's tough but I'm going to get used to it.



-the end-

hari ini dalam sejarah --part 2--

assalamualaikum..^^


haaa.. mesti korang tertanya-tanya kan (kalo tak tertanya pon, sila bertanya kepada diri sendiri sekarang) kenapa title kali ni "hari ini dalam sejarah -part 2-? jika kita imbas kembali entry terdahulu, ade diceritakan bagaimana keterujaan aku melawat muzium usm yang pertama kali aku masuk setelah 4 tahun.


so, entry kali ni pon lebey kurang macam tu jugak la. hehehe.. kali ni dah masuk kali kedua aku datang ke muzium dan galeri tuanku fauziah usm ni... tapi kali ni lain sket. sebab aku datang bertujuh. with my labmates and practical students. me, afiqah, zafiah, syafarah, neeq, aishah and wan. yela, diorang tak pernah datang sini. so, bawak la melawat muzium usm. kang kesian plak, nama je budak usm kan, tapi tak pernah datang muzium usm. hohoho.. yang bestnye trip kali ni, cuma kitorang bertujuh je yang ada dalam muzium ni. so, buat macam rumah sendiri la. hahaha.. ohye, sebab kitorang datang pon dah petang, so brader yang jaga muzium ni bagi kitorang masuk free je kat "pameran dunia yang hilang". jimat RM1. pastu bawak kamera pon tak payah bayar. dah jimat RM2. muahahahaha~


masuk dalam muzium tu jalan-sana-jalan-sini-baca-itu-baca-ini-try-itu-try-ini-naik tangga-turun tangga. phewwww~ penat2. before this masuk muzium lupa nak bawak camera. kali ni, memang tak lepas ah camera. ade je nak amik gambo. banyak gak ah. tapi malas nak upload kat sini. okla2. kesian korang. upload jela 1 photo nih.. sangat like this photo... ^_^

sayang kamu~~~


almost 1 hour gak la kitorang pusing2 dalam muzium ni. itupon tak puas lagi. terpaksa balik cepat atas sebab-sebab tak dapat dielakkan. takot lion king mengamuk!! >_< huhuhu.. 


papepon, sangat hepi arini. betol-betol hepi dapat hangout ngan kanak-kanak 414 ini. betol! tak tipu. seriously... >_< kepada kamu, kamu, kamu dan kamu yang berkenaan. thanks so much for today. i had a great time. really great time.. ^____^


ok, skip that emo-feeling part. sebab before this dah pernah cerita gak pasal muzium usm, so, takde ape sangat nak update. almost semua menda sama je cam dulu. tapi yang paling menarik, PERAK MAN la. hehehe... (neeq + aisyah mesti suka yang ni jugak.hahaha) yang lain-lain tu, still sama. kalo nak tau camne rasanya muzium usm ni, boleh datang sindri ye. tak rugi punya! ^_^


huwaarghh... (menguap) bila balik dari muzium je, mesti kepala pening2. banyak sangat dapat information kot.. huhuhu (-_-") okla, dah ngantok jugak ni. mahu tido. besok mahu datang awal ke lab. ceisss... selamat malam semua. 




p/s: dapat tau 'something' today. ok, memang kecewa. puas ati?

Wednesday, June 23, 2010

bulan june sudah ada 2 entry. yeay!

assalamualaikum...^^


hehehe... kali ni bersemangat pulak nak update blog kan. kalo tak, punya la malas. tape2, kena buat azam baru. rajen2 kan mengupdate blog. dah ramai orang yang rindu nak baca citer aku ni kan... lalalalala~~ ok, skali skala nak perasan tak salah kan. korang buat2 tak nampak sudah... haishhhh... (-_-")


so, ape ek nak story? tadi kan... tadi kan... errr... alamak! idea lost!! tolong3!! tula, tadi sebok dok buat kerja lain. kan dah lost nak update ape. grrrrrr..... eh eh.. idea sudah mari. ayuh, teruskan!!


erm, pagi tadi bersemangat nak datang lab. sebab nak tengok result transformation semalam. kali ni dah masuk 5-6x kot buat transformation dalam pCold ni. tapi semuanya FAILED! uwaaaaaa~ kecik hati tau! dah tak bley nak proceed dengan screening and patching... huh! *merajok dengan pCold*


ohye, before lunch tadi, si budak LI, Ayeeshah bawak kek birthday dia. special delivery from her beloved one. auuwww... so suweeeeet~ kek itu sangat sedap! nyum3.... makan dengan sangat banyak. hohoho... tank u ecah!! ^__^


since arini takde banyak kerja, sok melepak-lepak je. sembang-sembang, makan-makan, gosip-gosip, sesi meluahkan perasaan. iye, membuang masa itu sangat seronok! (-_-") haishhh... asyik membuang masa je kerja. projek master entah bila la nak siap kan. boss penah cakap, "if u are working like this, u will end up finishing ur project for another 3-4 years". omaigodddd!! sangat takot. tamau2... mahu habeskan projek seawal mungkin... >_<


tapi level kemalasan tu dah sampai langit ketujuh. malas tahap dewa. adeh2... entah ape la nak jadi. bila jumpa geng, camni la jadinya. asyik nak main je. abes tu, dah main lagi best. betol tak kawan-kawan? huhuhu. yela2... pasni akan cuba jadi lebey serious. saya cuba ye. ye, saya cuba................................... *kroh kroh kroh*


okla, sudah mengantok. ini mesti sebab banyak sangat bermain di lab arini.. (-_-") so, mahu tidor la! selamat malam semua. assalamualaikum... ^^

Tuesday, June 22, 2010

i'm back!

assalamualaikum :)


phewwwww~ seriously lama gile tak update blog kesayangan ramai ni.. eh, blog ni ada orang sayang lagi ke? dah la lama tak update. pastu mintak untuk disayangi pulak. mengade-ngade kan. urghhhhh~


ok2. serious mode. memang dah lama gila kan aku tak update? ok, semua orang pon tahu. dah la last month update 2 entry je. bulan jun pulak tak update2 lagi. apakah? mengapakah? erm... entah. sebab malas kot. biasa la tu. semua orang penah malas. kan3? hehehe... idea memang banyak je. tapi sebab kena taip, tu yang jadi malas. kan best kalo kita cakap je, terus kuar entry. tak yah taip2 dah. ok, itu memang tahap kemalasan yang overloaded! huhuhu..


bersempena 6 minggu aku tak update blog since last may aritu, meh aku summarize peristiwa2 penting yang berlaku. kalo nak tau, teruskan baca. kalo tak nak, buat-buat pejam mata. ok, check this out! ;)


10 - 14 may = bebudak LI masuk lab. ramai kot. congak-congak ade la dalam 11 orang semuanya. ada yang datang dari USM induk, USM Kubang Kerian and Unimas. wah, ramai2. sesak lab. semua kena berebut2. time ni tak kenal sapa2 lagi. so, assume semua bebudak baru sombong. bukan nya nak tegor senior... grrrrr....


21 may = pemergian tok pak terchenta (Saidin b. Ibrahim) ke rahmatullah. sangat terkejut bila dapat berita ni. sebab sebelum ni arwah sangat sehat. mula2 tak pecaya. tapi, kena pasrah and redha. semoga Allah letakkan roh arwah di kalangan hamba-hamba yang dikasihi-Nya. amin. Al-Fatihah.


24 - 30 may = bercuti! attend my sis graduation at UiTM Shah Alam. sambil2 tu jalan2 around KL, Seremban, Port Dickson. dah lama tak gi jenjalan camni. walopun sekejap, tapi sangat bermakna. tinggalkan kejap masalah projek, lab, etc... *peace*


31 may - today = dah tade mende yang best. hari2 pegi lab, balik lab, layan facebook, tengok movie. itu je. life sangat membosankan. urghhhh~ oh tapi takde la bosan sgt. time ni dah kenal ngan bebudak LI ni. sekepala la jugak. sama mental macam kitorang. hahaha. walopun aku ni senior diorang, tapi selalu kena buli dengan diorang budak junior. keji2..! tapi papepon diorang memang beshhhh!!! bley wat geng ronggeng, geng makan time lunch, geng tido, geng gosip, geng malas buat kerja lab, geng suka bergambo.. memang sekepala sepusat ah! ^_^



 ok, cukup la update untuk kali ni. tatau nak goreng pe dah. next time ah plak k. mood malas dah sampai... take care guys! :)
 
Blog Template by yummylolly.com