Sunday, March 20, 2011

jangan percaya map pada kad kawin...

semalam ada dapat satu jemputan kawin. from my senior. abang izar and kak suria. weeeee~ SELAMAT PENGANTIN BARU!!! tak sangka betol yang diorang ni dah kawin... takpela, mungkin seru dah sampai kan... anyway, kepada kak suria and abang izar, semoga perkahwinan ni berkekalan hingga ke akhir usia and cepat2 dapat anak! :P


ok, berbalik kepada title asal entry ni... mesti ada yang tertanya2... "eh, kenapa takleh percaya?", "apa kes dengan map kad kawin?", dan tak kurang jugak mesti ada yang nak kutuk aku, "zaman sekarang orang pakai GPS je la..." ok. fine! aku tak mampu....................... *sambil menguis2 tanah dengan kaki*


alkisah nya begini..... semalam aku, zue, zaf dengan Dr.Nurul pon bertolak la ke Sungai Petani, Kedah. takde la jauh sangat dari Penang ni. kitorang bertolak dari Penang pukul 12.45, maka sampai di Sungai Petani around 1.30pm... tak lama la kan? kejap je rasa....... so, since this is our first time nak pergi ke rumah pengantin, and takde sorang pon yang tau area Sungai Petani ni, maka terpaksa la kami menggunakan bantuan peta yang ada di kad kawin pengantin... ok, rasa agak konfiden sket. at least takde la nak sesat kan... tapi, lepas pusing punya pusing carik umah pengantin, tak jumpa2, maka, we all conclude yang kitorang dah mengalami kesesatan yang nyata... >_<


ok, aku admit yang aku memang ada masalah kalo nak baca peta ni... *fail geografi* hahaha.. tapi bukan sebab aku tak reti baca peta yang menyebabkan kitorang sesat... :( semuanya berpunca daripada peta pada kad kawin tersebut... landmark yang dia bagi terlampau.... how should i say this.... macam tak cukup. terlampau simple and tak spesifik. memang agak stress la... berapa kali kitorang pusing2 1 pekan sungai petani tu.... dah la perut tengah sangat lapar... memang tak sabar nak jumpa rumah pengantin and makan cepat2... sampai Dr dah rasa nak give up... "kalo kita tak jumpa gak rumah pengantin ni, nanti kita singgah je makan kat mana2... lepas tu sambung carik balik rumah pengantin" hahaha... padahal pekan sungai petani takdela besar mana sangat kan.... tapi kitorang dok pusing2 1 pekan tu dekat 30-40minit... last2 dah rasa nak give up, telepon je pengantin terus. tanya cam mane direction nak ke sana... before this saje je la tak nak call, konon nak bagi surprise.... tup2, tak leh jadi ar camni.. kena gak mintak bantuan pengantin.....


rupa2 nya takde la jauh sangat daripada tempat kitorang tersesat tu.... kalo dalam peta tu bagi 1 landmark yang betol, sure bley jumpa dah... haishhhh.... so dalam pukul 2.15 camtu baru la sampai ke rumah pengantin.. kepenatan dan sangat kelaparan... tak jumpa tuan rumah dah... terus serbu makanan dulu... hahaha.. burok perangai... :P (jumpa sedara tuan rumah, diorang yang suruh makan dlu)


akhirnya lepas makan, baru la dapat jumpa pengantin.... kak suria sangat gorgeous dengan baju pengantin kaler purple... tak pernah tengok beliau macam ni.... seri pengantin la katakan.... bertuah abg izar... hehehe... oh ya, tak dapat nak upload gambar dengan pengantin sebab gambar ada kat camera orang lain... :( tengok la, kalo ada masa nanti aku upload je kat facebook k... check it out later! ;)


alhamdulilah, selesai sudah pengembaraan ke sungai petani untuk mencari rumah pengantin... memang aadventure betol... dah macam ala-ala amazing race nih... hehehehe.... okla, that's all for this time... anyway, thanks to Dr.Nurul for give us a ride... we owe u biggggggg time! let's chill out again together! :) and to zue and zaf, thanks sebab ikot skali... hehehe...


till here~ daaaaaaaaa~

0 Colonies Tumbuh:

 
Blog Template by yummylolly.com